اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, August 17, 2014

Andai PAS Pusat buat keputusan ini lebih awal Oleh: pen buruk online ™

 

 

Aku menarik nafas lega .. nasib baik PAS tidak buat kettegaq yang akan buat keputusan keluar dari pakatan rakyat.
Kalau keputusan yang dibuat PAS Pusat tak sama seperti hari ini, aku sekali lagi kata, PAS akan jadi musuh rakyat.
 

Sepatutnya PAS buat keputusan ini lebih awal. Kenapa tunggu lebih banyak 'aib' yang dilondeh sesama pemimpin pakatan? Sekarang sudah banyak 'aib' dibuka sesama sendiri. Siapa yang malu. Imej tetap tercalar beb ..


Pas Pusat mengumumkan bersetuju untuk mengangkat dua nama dari PKR bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata keputusan itu dicapai sebulat suara melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Peringkat Pusat yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jam 10.10 pagi, hari ini.

"Nama yang dicadangkan oleh Pas ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad menegaskan, empat Exco Selangor yang masih berkhidmat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan terus kekal menyandang jawatan masing-masing.

Sementara itu, ketika ditanya sebab menolak Abdul Khalid terus meneraju kerusi nombor satu itu, Mohamad hanya menjawab, "...dia sudah bukan ahli PKR. Kami pegang pada tahaluf siyasi."

Sinar Harian Online difahamkan, kedua-dua nama tersebut bakal ditentukan untuk jawatan menteri besar itu dalam mesyuarat PR, petang ini.

Sebelum ini, melalui Majlis Syura Pas memilih untuk mengekalkan Abdul Khalid.

No comments:

Post a Comment