اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, August 17, 2014

WARTAWAN KENA PEKA TTG NAMA BKN PARTI...!! (Keratan Akhbar Online)

 

Photo: WARTAWAN KENA PEKA TTG NAMA BKN PARTI...!!
(Keratan Akhbar Online)

Prof. Dr. Yusof al-Qardawi dalam kitabnya Min Fiqh al-Daulah fil Islam, mempunyai pandangan yang sedikit berbeza. Beliau berpandangan dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang kesemua jawatan termasuk jawatan Perdana Menteri dengan beberapa dengan beberapa syarat yang ketat.

Antara syarat bagi mengharuskan pelantikan wanita ialah:

a- Tiada pemimpin lelaki yang lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut pada ketika itu

b-  Mempunyai rumah tangga yang sejahtera dan tidak gagal dalam mengurus anak-anak.

c- Tidak membuat keputusan secara peribadi dalam memutuskan hal-hal besar negara, bahkan mestilah membuat keputusan secara kolektif dan syura bersama   pemimpin pelbagai peringkat.

d- Berkewajipan baginya untuk memelihara adab-adab Islam semasa keluar rumah seperti menutup aurat dengan sempurna, tidak berwangian dan tidak berlaku tabarruj.

e- Mendapat keizinan suami.

f-  Umur calon hendaklah sekitar 45 ke atas.

Syarat ini jelas menunjukkan kelayakan sebagai satu syarat utama dalam menjadi pemimpin. Islam mengharuskan pelantikan wanita sebagai pemimpin umat Islam yang mengurus hal ehwal agama Islam sekiranya sudah tidak ada lagi yang bernama lelaki yang layak menjawat jawatan tersebut. Tugas sebagai ketua menteri atau menteri besar bukan seumpama mengurus sebuah syarikat dan sebuah NGO. Tanggungjawab menteri besar merangkumi aspek agama Islam dan kedudukan umat Islam di negeri yang ditadbirnya.

DS Dr. Wan Azizah adalah presiden parti PKR. Ahli PKR sendiri yang melantik DS Dr. Wan Azizah sebagai presiden parti. Kemungkinan juga tidak ada lelaki yang lebih layak dalam PKR bagi menjawat jawatan presiden sehingga semua ahli parti sepakat melantik beliau. Sekiranya rakyat Selangor belum bersedia menerima wanita sebagai Menteri Besar, rakyat kena tolak Parti Keadilan Rakyat yang menobatkan wanita sebagai presiden parti.

Tidak mustahil suatu masa nanti rakyat Malaysia bakal menerima Perdana Menteri wanita sekiranya parti yang menobatkan wanita sebagai presiden parti masih mendapat tempat di hati rakyat. Adakah kita semua bersedia?
Prof. Dr. Yusof al-Qardawi dalam kitabnya Min Fiqh al-Daulah fil Islam, mempunyai pandangan yang sedikit berbeza. 
 
Beliau berpandangan dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang kesemua jawatan termasuk jawatan Perdana Menteri dengan beberapa dengan beberapa syarat yang ketat.

Antara syarat bagi mengharuskan pelantikan wanita ialah:

 
 
a- Tiada pemimpin lelaki yang lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut pada ketika itu

b- Mempunyai rumah tangga yang sejahtera dan tidak gagal dalam mengurus anak-anak.

c- Tidak membuat keputusan secara peribadi dalam memutuskan hal-hal besar negara, bahkan mestilah membuat keputusan secara kolektif dan syura bersama pemimpin pelbagai peringkat.

d- Berkewajipan baginya untuk memelihara adab-adab Islam semasa keluar rumah seperti menutup aurat dengan sempurna, tidak berwangian dan tidak berlaku tabarruj.

e- Mendapat keizinan suami.

f- Umur calon hendaklah sekitar 45 ke atas.


Syarat ini jelas menunjukkan kelayakan sebagai satu syarat utama dalam menjadi pemimpin. Islam mengharuskan pelantikan wanita sebagai pemimpin umat Islam yang mengurus hal ehwal agama Islam sekiranya sudah tidak ada lagi yang bernama lelaki yang layak menjawat jawatan tersebut. 
 
Tugas sebagai ketua menteri atau menteri besar bukan seumpama mengurus sebuah syarikat dan sebuah NGO. Tanggungjawab menteri besar merangkumi aspek agama Islam dan kedudukan umat Islam di negeri yang ditadbirnya.

DS Dr. Wan Azizah adalah presiden parti PKR. Ahli PKR sendiri yang melantik DS Dr. Wan Azizah sebagai presiden parti. 
 
Kemungkinan juga tidak ada lelaki yang lebih layak dalam PKR bagi menjawat jawatan presiden sehingga semua ahli parti sepakat melantik beliau. 
 
Sekiranya rakyat Selangor belum bersedia menerima wanita sebagai Menteri Besar, rakyat kena tolak Parti Keadilan Rakyat yang menobatkan wanita sebagai presiden parti.

Tidak mustahil suatu masa nanti rakyat Malaysia bakal menerima Perdana Menteri wanita sekiranya parti yang menobatkan wanita sebagai presiden parti masih mendapat tempat di hati rakyat. Adakah kita semua bersedia?


No comments:

Post a Comment