اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, August 31, 2014

Berita Menggemparkan Malaysia Dari Mumbai..

 

Individu kedua terkaya di rantau Asia dan hartawan Malaysia, T Ananda Krishnan (gambar) semalam didakwa oleh polis persekutuan di Mumbai atas kes penyelewengan yang melibatkan bekas menteri India serta adiknya, lapor agensi berita Reuters.
Kes tersebut yang berkisar tentang pengambilalihan syarikat telekomunikasi India oleh Maxis Malaysia lapan tahun dahulu.Menurut dokumen pendakwaan mahkamah New Delhi, suspek yang turut terlibat adalah bekas menteri telekomunikasi Dayanidhi Maran, adiknya Kalanithi Maran, seorang hartawan India, serta pembantu Ananda, Augustus Ralph Marshall.
Laporan itu memetik Biro Siasatan Pusat (CBI) yang mendedahkan adik beradik Maran sudahpun di bawah siasatan sejak 2011 lagi selepas mereka dikatakan memaksa penjualan syarikat telekomunikasi Aircel yang membolehkan syarikat Maxis milik Ananda mendapatkan saham kepentingan pada 2006.
"Siasatan mendedahkan bekas menteri itu didakwa menyalahgunakan jawatannya ketika itu dan memaksa firma swasta berpangkalan di Chennai itu menjual syarikat telekomunikasi berkenaan," dipetik daripada kenyataan CBI oleh Reuters.
Syarikat yang dikawal kumpulan Sun Group milik jutawan Kalanithi Maran menjalankan perniagaan media yang termasuk saluran televisyen dan khidmat satelit menerima 'bayaran saguhati' hingga 7.42 bilion rupee, kata CBI. 
Sekurang-kurangnya 5.49 bilion rupee diselindungi sebagai bayaran premium untuk mendapatkan saham di syarikat Sun Group, kata agensi tersebut.Dakwaan terhadap adik beradik Maran, Ananda dan pembantunya juga termasuk jenayah konspirasi.
Sementara itu, empayar perniagaan Ananda, termasuk Astro All Asia Networks Plc, Maxis Communications Bhd, South Asia Entertainment Holdings Ltd serta Sun Group's Sun Direct TV Pvt. Ltd turut dinamakan dalam laporan dakwaan polis. ~tmi

1 comment:

  1. Rahsia Teragung Lelaki Sejati Terbongkar !!
    This Is What Women Really Want !!
    KLIK HERE !!

    ReplyDelete