اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, August 15, 2014

LANGKAH RAKYAT.


Bila RAKYAT Melangkah..

 
Langkah Kajang, langkah NFC, langkah projek demi projek jadi bisnes politik,
Langkah wakil2 rakyat berpakat jadi ahli politik yang penipu semakin terserlah,
Langkah nepotisme dan kronisme semakin terdedah,
Langkah 3b dan tender syarikat bapak kau seantero Malaysia semakin terbongkar.


Bila RAKYAT Melangkah..
Ada ahli partisan yg menggelupur,
Ada penyokong partisan yg mengaduh,
Ada kaki pembodek yg memekik melalak,
Ada geng2 parti yg meracau melalut sampai nak unfriend dan unlike.

Bila RAKYAT Melangkah..
Ada yang bakal terkantoi,
Ada yang bakal terdedah,
Ada yang bakal terkena,
Ada yang bakal lari ke luar negara.

Bila RAKYAT Melangkah..


Mula la ahli politik tiba-tiba berlagak jadi ahli agama,
Mula la ahli politik  tiba-tiba berlagak jadi ahli keadilan,Mula la ahli politik  tiba-tiba berlagak jadi sosialis,Mula la ahli politik tiba-tiba berlagak jadi pejuang rakyat.

Bila RAKYAT Melangkah..


Ada pemain politik yg taknak mengaku walau kantoi menipu,
Ada pemain politik yg taknak berundur walau terbukti merasuah,
Ada pemain politik yang taknak terima fakta walaupun partinya mengamalkan nepotisme,
Ada pemain politik yang gunakan saman untuk tutup kemaraan rakyat.

Bila RAKYAT Melangkah..


Yang membodek jadi kecut,
Yang menipu jadi takut,
Yang print screen atau tak printscreen terbukti pejuang demi poket sendiri ataupun parti bukan demi rakyat,
Yang maki hamun rakyat mula cari alasan.

Bila RAKYAT Melangkah..


Yang berpropaganda demi projek akan terlerai,
Yang memanipulasi fakta akan dibuktikan,
Yang mempermainkan hak rakyat akan ke penjara,
Yang baik akan tepuk tangan tanpa kira bangsa dan agama.

Bila RAKYAT Melangkah..


Dulunya kabur skrg dh jelas,
Dulunya kelam skrg dh nampak,
Dulunya tegar partisan sekarang dah menyesal,
Dulunya tukang angguk skrg tukang maki (sebab tertipu dengan partisan).

Ini la kebaikan Langkah RAKYAT!

(Sila print screen & sebar)

No comments:

Post a Comment