اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, August 23, 2014

Perlis Tolak Tafakur, Dakwa Ia Bertentangan Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan




Di saat seluruh negara bertafakur sewaktu 20 mayat mangsa nahas MH17 tiba di KLIA semalam, negeri Perlis tidak turut serta di dalam upacara bertafakur tersebut.

Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengeluarkan sekeping memo bertarikh 22 Ogos 2014, yang tersebar di laman sosial facebook dan twitter, menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan program tafakur anjuran Kerajaan Pusat berkenaan kerana perbuatan itu didakwa melanggar Faktwa Kebangsaan Tahun 1987 dan Fatwa Negeri Perlis tahun 1974.

Sementara itu Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbincang pada 6 – 7 Oktober, 1987 telah mengeluarkan fatwa berhubung isu ini yang menyatakan ianya adalah amalan yang bercanggah dengan Islam dan syirik, telah membuat kenyataan yang berlainan dan telah melakukan "U-Turn" di dalam portalnya menyatakan amalan tafakkkur yang dilakukan untuk MH17 tidak menyalahi syariat. Petikan:

Faham bertafakur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)

Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.














No comments:

Post a Comment