اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, December 27, 2014

Lain macam saja kenyataan media dari SKMM ni.. ada apa-apa ke?


Lain macam saja aku nampak kenyataan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ni.. nak cuba cover apa agaknya?

Menurut kenyataan media mereka, SKMM imeminta kerjasama orang ramai yang berada di kawasan banjir untuk mengurangkan penggunaan telefon selular kerana terdapat kesesakan dalam rangkaian.

Orang ramai juga perlu mengelakkan daripada menggunakan data seperti menghantar Whatsapp bergambar/video dan MMS.


 Ini kerana beberapa rangkaian telah pun terganggu kerana menara-menara telekomunikasi di kawasan tersebut telah ditenggelami air dan bekalan elektrik telah terputus.

Betul ke kesesakan dalam rangkaian atau cuba untuk menghalang penyebaran maklumat-maklumat yang mendedahkan kelemahan Majlis Keselamatan Negara dalam menggerakkan operasi membantu mangsa banjir?

Lagipun rasanya tak ramai mangsa banjir yang mempedulikan samada talian telefon mereka berfungsi atau tidak kecuali ketika mereka benar-benar terdesak untuk meminta bantuan barulah mereka memastikannya..

Lebih menarik lagi SKMM tiba-tiba prihatin hingga menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan penggunaan telefon selular di kawasan banjir bagi menjimatkan bateri supaya telefon selular mereka dapat bertahan lebih lama.

Pengerusi SKMM berkata “Orang ramai juga diminta untuk mengurangkan penggunaan telefon selular di kawasan banjir bagi menjimatkan bateri supaya telefon selular mereka dapat bertahan lebih lama. Jika berlaku kecemasan, ianya boleh digunakannya untuk meminta bantuan,”..

Tapi aku yakin ini bertujuan untuk mengelakkan dari tersebarnya lebih banyak berita dan gambar yang akan menjahanamkan imej dan kredibiliti Najib, yang dijangka melawat Kelantan dan lain-lain tempat yang dilanda banjir..

Sebabnya hanya macai yang gembira bila melihat Najib bergembira bermain Golf dengan Obama ketika 100,000 rakyat sedang sengsara..

Jadi sambutan terhadap Najib tentu meriah sekali..




No comments:

Post a Comment