اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, March 22, 2014

DESAS DESUS DATO' UJANG BAGONG SOKONG CALON BN TERJAWAB ... GAMBAR TERBARU DATO' UJANG BAGONG DI PROGRAM KEADILAN BERSAMA DSAI DAN DSWA MALAM INI DI SG KANTAN KAJANG.



Desas desus kononnya Dato' Ujang Bagong memberikan sokongan kepada calon BN Chew Mei Fun PRK Kajang ini terjawab dengan sendirinya apabila beliau kelihatan malam ini bersama-sama dengan DSDAI, DSWA dan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid disuatu program KEADILAN di Sg Kantan, Kajang.

Jika rakaman gambar ini dibiarkan berbicara maka isi perbicaraannya amat jelas yang Dato' Ujang Bagong menyokong padu lagi jitu Kak Wan sebagai wakil rakyat DUN N25 Kajang.

Segala cerita yang dijaja kononnya beliau memberikan sokongan kepada calon BN Chew Mei Fun adalah jelas suatu propaganda murahan mengelirukan.

Nama Dato' Ujang Bagong bukan nama asing bagi orang Kajang.

Pada tahun-tahun 1990an, berita mengenai sosok yang berkarakter dan berimej unik itu sering mengisi dada akhbar  sama ada sebagai tokoh korporat ataupun sebagai aktivis masyarakat.

Umum juga mengenali Ujang sebagai seorang dermawan yang banyak menyumbang untuk masyarakat Kajang.

Namun beberapa tahun kebelakangan ini, Ujang @ Bujang Buyong @ Jislen Bagong tidak lagi diberi publisiti hingga ramai yang tertanya-tanya mengenai 'kehilangannya'. Ada juga yang menyangka beliau sudah meninggal dunia.

"Tidak! Saya masih ada...," katanya sambil tertawa ketika diajukan perkara itu.

Menurut Ujang, beliau bukan sengaja memencilkan diri tetapi agak terkesan dengan perubahan yang berlaku dalam hidupnya sejak isterinya, Datin Faridah Abdul Manan meninggal dunia sembilan tahun lalu.

"Sejak dia 'pergi' saya banyak mengisi masa untuknya, menziarahi pusaranya," katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Pekan Kajang.

Menurut Ujang, sudah jadi rutin hariannya selepas menziarah pusara isteri di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, beliau ke masjid itu sehingga Zohor.

Walaupun sudah lama tidak jadi berita, tidak banyak yang berubah pada diri tokoh masyarakat berusia 82 tahun itu. Seperti dahulu, di lehernya masih tergantung dua kalung manik daripada kayu kokka manakala kepalanya pula ditutupi kopiah berlilit tulisan jawi.

Bagi mereka yang tidak pernah melihatnya, mungkin akan terasa sedikit janggal namun bagi penduduk Kajang malah seluruh daerah Hulu Langat, Dato' Ujang Bagong bukan sahaja cukup dikenali malah amat dihormati.

Ujang berkata, beliau menyokong calon Melayu yang sedia bantu tingkatkan ekonomi bangsa sendiri.

"Siapa yang masuk pilihan raya nak buat kecoh saja, bukan nak berkhidmat, saya orang pertama yang akan tendang si pembuat kecoh," tegasnya menyuarakan amaran.

No comments:

Post a Comment