اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, January 15, 2015

Patutlah SIrul Azhar lari ke Australia....


Kes masih berjalan di Mahkamah tapi passportnya tidak ditahan telah menimbulkan berbagai persepsi masyarakat..

Selain itu beliau telah terbang ke Australia dan tinggal di sana selama lebih dua bulan tapi tidak pulang kerana tak cukup duit tambang..


Banyak juga gaji seorang anggota UTK yang berpangkat Koporal ni ya.. boleh pergi dan tinggal di Australia tanpa pekerjaan..

Mungkin beliau kesana dengan duit yang dikumpulnya hasi dari menabung dari kecil kot?

Lebih menarik bila hari ini terdedah pula mengapa beliau memilih Australia... yang mana kebanyakkan kita tidak mengetahui tentang ektradisi ini..

“Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,”

Laporan berkaitan...


Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota elit polis, Sirul Azhar Umar.

Laporan Sydney Morning Herald menyebut, permohonan tersebut tidak akan dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati.

Laporan itu memetik kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia yang menyebut, ia hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.

“Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,” laporan itu dipetik.

Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.

Sirul Azhar, yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah pada hari Selasa lalu dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya

Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.

Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Pada 9 April 2009 Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu lapor Malaysiakini

No comments:

Post a Comment