اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, January 15, 2015

Raja Judi bantu jaga kepentingan dan keselamatan negara kata Zahid?


Setelah beberapa hari berlalu, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri akhirnya bersuara mengenai surat yang dikirimkannya kepada FBI berkaitan dengan penahanan Phua oleh FBI..

Phua yang terkenal dalam permainan judi profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012.


Dia menduduki tempat ke-6 dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo 100k Super High Roller 2014 dan juga disyaki terlibat dengan 14K Triad, sebuah kumpulan kongsi gelap dan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.


Kata Zahid beliau tidak dapat mendedahkan mengenai bentuk bantuan yang disediakan oleh Paul Phua kepada kerajaan kerana melibatkan “rahsia besar negara”.


"Pertikaian kandungan surat saya mengenai Phua membantu kerajaan dalam urusan keselamatan, ia tidak dapat didedahkan kerana melibatkan isu keselamatan berstatus rahsia besar dan tidak boleh sewenang-wenangnya diuar-uarkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara.

Nampak macam nak perbodohkan rakyat saja kenyataannya itu.. takkanlah selama ini kepentingan dan keselamatan negara dikawal oleh Raja Judi..

Jadi sekarang Raja Judi itu sudah dikenakan tahanan rumah di US oleh FBI.. siapa pula yang jaga kepentingan Keselamatan Negara kita?

Zahid juga dilaporkan berkata, surat kepada FBI itu bukanlah urusan di antara dua kerajaan tetapi diminta peguam bela Phua.

"Peguam dari Amerika Syarikat minta firma guaman mereka di Malaysia, Shafee & Co. Firma itu yang minta pejabat saya menjelaskan," katanya.

Persoalannya disini ialah mengapa Zahid perlu akur akan kehendak Peguam dari Amerika Syarikat itu sedangkan dalam masa yang sama Ketua Polis Negara sahkan PDRM sedang berkerjasama dengan FBI dalam hal ini?

“Saya tidak mahu mengulas kerana proses perbicaraan masih dijalankan dan saya hanya boleh mengesahkan bahawa PDRM ada berhubung dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat mengenai perkara berkenaan,”

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun tidak menolak kemungkinan terdapat rakyat Malaysia yang menjadi ahli kumpulan tersebut di luar negara.

“Saya ingin tegaskan bahawa kumpulan ‘14K Triad’ sama sekali tidak wujud di negara ini dan undang-undang ketat di sini mampu menyekat kemasukan kumpulan terbabit di sini,” katanya dalam satu sidang akhbar baru-baru ini..

Kata Zahid lagi mengenai surat itu, surat penjelasan status Phua kepada FBI itu bukanlah surat sokongan untuk tidak mendakwa Phua sebaliknya sebagai satu penjelasan status raja judi itu.

Katanya, pihak kerajaan tidak akan sama sekali menyokong sebarang tindakan mana-mana individu termasuk Phua yang berkait rapat dengan organisasi jenayah.

Kah.. kah.. kah... kata tidak akan menyokong sama sekali yang berkait dengan organisasi Jenayah.. tapi menerima bantuan dari yang disyaki dan didakwa terlibat dengan organisasi jenayah untuk membantu menjaga kepentingan dan keselamatan negara...

Apa cerita ni Zahid?

Laporan berkaitan..


Saya ada kuasa utus surat kepada FBI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan beliau mempunyai kuasa menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berhubung isu raja judi Paul Phua Wei Seng.

Pertama kali bercakap dalam isu ini, menteri dalam negeri itu berkata, menteri sebelumnya juga pernah mengeluarkan surat penjelasan seumpama itu.

"Menteri sebelum saya juga keluarkan surat penjelasan. Berdasarkan kuasa kepada menteri itulah saya menandatangani surat itu.

"Menteri dalam negeri sebelum saya juga mengeluarkan surat yang sama," katanya pada satu sidang media di bangunan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.

Semalam, Datuk Seri Anifah Aman berkata mesyuarat jemaah menteri mendengar penjelasan Zahid berhubung surat yang dihantarnya kepada FBI.

Ditanya mengenai butiran penjelasan yang diberi Zahid, menteri luar itu berkata, soalan berkenaan wajar ditanya sendiri kepada naib presiden Umno itu sendiri.

Zahid berkata, surat kepada FBI itu bukanlah urusan di antara dua kerajaan tetapi diminta peguam bela Phua.

Katanya, mesyuarat Kabinet semalam berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan sebagaimana kenyataan medianya hari ini.

"Peguam dari Amerika Syarikat minta firma guaman mereka di Malaysia, Shafee & Co. Firma itu yang minta pejabat saya menjelaskan," katanya.

Beliau berkata, bantuan Phua dalam isu keselamatan negara tidak boleh didedahkan kerana ia dilindungi di bawah Akta Rahsia Rahmi 1972.

Katanya, suratnya kepada FBI sebelum ini adalah merujuk kepada kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Pertikaian kandungan surat saya mengenai Phua membantu kerajaan dalam urusan keselamatan, ia tidak dapat didedahkan kerana melibatkan isu keselamatan berstatus rahsia besar dan tidak boleh sewenang-wenangnya diuar-uarkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara.

"Tidak wujud kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia. Phua bukanlah ahli kongsi gelap 14K Triad di Malaysia," katanya.

Zahid berkata, surat penjelasan status Phua kepada FBI itu bukanlah surat sokongan untuk tidak mendakwa Phua sebaliknya sebagai satu penjelasan status raja judi itu.

Katanya, pihak kerajaan tidak akan sama sekali menyokong sebarang tindakan mana-mana individu termasuk Phua yang berkait rapat dengan organisasi jenayah.

"Saya tetap akan membanteras gejala gengsterisme, judi dan dadah di negara kita.

"Saya tidak akan berkompromi dengan gejala tidak sihat dan episod ini menguatkan semangat saya untuk terus memerangi aktiviti jenayah," katanya.

Phua yang terkenal dalam permainan judi profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012.

Dia menduduki tempat ke-6 dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo 100k Super High Roller 2014 dan juga disyaki terlibat dengan 14K Triad, sebuah kumpulan kongsi gelap dan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Berikutan penahanan Phua, firma guamannya Chesnoff & Schonfeld memohon Zahid agar mengeluarkan surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F Giuliano untuk mengesahkan yang lelaki itu bukan seorang anggota 14K Triad dan kumpulan kongsi gelap itu juga tidak wujud di Malaysia lapor The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment