PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa DNA
khinzir (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kajang hazel dan buah
badam Cadbury Dairy Milk.
Dalam sebuah kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor
Hisham Abdullah berkata bahawa ini berdasarkan keputusan analisis dua
jenis coklat tersebut.
Coklat yang dimaksudkan ialah coklat susu dengan
kacang hazel Cadbury Dairy Milk dengan nombor kelompok (batch no.)
200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan coklat susu
dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 yang bertarikh
luput 15 Januari 2015.

