اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, May 24, 2014

Punca Coklat Cadbury Ada DNA Babi Dapat Sijil Halal JAKIM Terbongkar?

 


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa DNA khinzir (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kajang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.
Dalam sebuah kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa ini berdasarkan keputusan analisis dua jenis coklat tersebut.
Coklat yang dimaksudkan ialah coklat susu dengan kacang hazel Cadbury Dairy Milk dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
Isu pengesanan DNA khinzir dalam produk coklat susu Cadbury Dairy Milk mula tersebar luas melalui aplikasi media sosial semalam.
Walaubagaimanapun, coklat susu Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan mempunyai DNA khinzir.
Tambah Noor Hisham, pihak pengeluar, iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd telah memberi jaminan akan menarik balik produk-produk terbabit dari pasaran serta-merta.
“Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya,” katanya.
Pengguna boleh mengemukakan sebarang persoalan kepada Kementerian Kesihatan melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq
Sementara itu, Cadbury dalam Facebooknya pula mengesahkan bahawa semua produk yang dihasilkan di Malaysia disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). ~fmt


Addin :
Bagaimana JAKIM boleh keluarkan sijil halal? Mohon SPRM siasat JAKIM kerana ia membawa kesan buruk kepada seluruh umat Islam di negara ini. Jangan biarkan pengkhianat duduk dalam JAKIM.

No comments:

Post a Comment