اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, June 12, 2014

Anwar Dipenjara 6 Tahun Pada 1999 Kerana Salah Guna Kuasa. Yang Ini Bagaimana?

  

Mahfuz pertahan wujud salah guna kuasa menteri dalam Bank Rakyat 
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Published: 12 June 2014 | Updated: 12 June 2014 3:47 PM

Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS, Datuk Mahfuz Omar mempertahankan kewujudan unsur salah guna dalam skandal pemberian pinjaman RM32 juta tanpa faedah Bank Rakyat kepada ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan.
Mahfuz berkata, campur tangan menteri yang mengarahkan lembaga pengarah Bank Rakyat untuk membuat keputusan mengenai pinjaman itu masih dianggap sebagai satu kesalahan.

Katanya, lembaga pengarah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Sabbaruddin Chik semasa keputusan pertama sudah menolak cadangan pinjaman itu tetapi menerimanya pada kali kedua atas persetujuan secara 'rela-paksa' selepas diarahkan menteri.
"Menteri beri ugutan kalau tidak setuju akan dipecat.
"Ini ugutan yang diperakui Sabbaruddin. Jadi kalau SPRM kata tiada unsur rasuah, ya mungkin daripada aspek beri atau terima benda tetapi salah guna kuasa juga dikira berunsur rasuah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Katanya, kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang menyatakan Sabbaruddin membuat penafian itu tidak benar.
Katanya, Sabbaruddin hanya menafikan laporan berita yang mengaitkan pinjaman itu dengan keluarga perdana menteri tetapi tidak pernah menafikan penglibatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek dalam skandal ini.
Beliau turut mendedahkan hasrat Hasan untuk berjumpa dengannya secara peribadi bagi menjelaskan situasi sebenar.
Melalui nota kecil yang diletakkan di meja Mahfuz dalam Dewan Rakyat, Hasan berkata "YB Poko Sena, bila boleh kita jumpa berbincang isu Bank Rakyat?" serta dengan tandatangan dan nombor telefon bimbit peribadi.
Mahfuz berkata, nota itu dipercayai diletakkan pada petang semalam ketika beliau tiada dalam Dewan dan sedia berjumpa dengan Hasan pada bila-bila masa saja.
"Tetapi persoalannya dia tidak perlu beri penjelasan kepada saya tetapi kena jelaskan dalam Dewan dan rakyat demi memastikan penjelasan kukuh dijawab di Parlimen.
"Dia bukan bertanggungjawab kepada saya tetapi kepada Parlimen," katanya.
Ahmad pada sesi penggulungan Dewan Rakyat semalam menafikan Bank Rakyat memberi pinjaman kepada mana-mana individu tanpa mengira kadar keuntungan.
Beliau berkata, pihak yang menimbulkan dakwaan itu mungkin terkeliru dengan penstrukturan pembayaran semula pokok atau baki pinjaman.
Katanya, pihaknya juga dimaklumkam Sabbaruddin sudah mengakui kenyataannya mengenai isu itu diputarbelitkan oleh media alternatif.
Ahmad berkata, penstrukturan pembayaran semula yang diklasifikasi sebagai “non performing loan” merupakan amalan biasa bank bagi memastikan sebarang pinjaman perlu mendapat pulangan yang baik berdasarkan keadaan semasa.
Mengenai 120 keping cek “post-dated”, beliau berkata perkara itu sekadar cara bayaran dan tidak menyalahi undang-undang. – 12 Jun, 2014.


No comments:

Post a Comment