Setelah Umno Kelantan berjaya menyemarakan perjuangan PAS di Kelantan dengan 'sokongan hudud', kini Umno Selangor pula dilihat mahu mempertingkatkan lagi 'sokongan hudud' mereka di Selangor pula!
Dan dengan tak semena-mena itu pula berlegaran angin kentut si Hasan Ali yang cuba menguji nilai pasaran saham dirinya...
Buat masa terkini,
belum ada lagi suara-suara dari PAS yang memberi respon mengenai perkara
ini.Nampaknya saperti mahu menyembunyikan kuku masing-masing.Tunggulah
juga...
Jom kita hentam Umno tu
dulu.Kalau Umno benar-benar ikhlas mahukan perlaksanaan hudud , kenapa
nak laksanakan Hukum Hudud di Kelantan atau di Selangor sahaja?
Kenapa tidak
diperjuangkan supaya dillaksanakan diseluruh Malaysia? Secara automatik
Kelantan dan Selangor pun akan melaksanakan hukum Hudud, betul tak?
Memang tanggungjawab
negeri Kelantan terletak di bawah kerajaan negeri, tetapi kena ingat
juga tanggungjawab Malaysia terletak di kerajaan pusat.
Kerajaan pusat dikuasai
Umno – parti terbesar orang Islam di dunia, jadi laksanakan lah suruhan
Hukum Hudud untuk seluruh Malaysia. InsyaAllah kita akan diberi Rahmat dan perlindungan-Nya.
Kelak bila mati nanti,
kita bukan ditanya kamu dari parti PAS atau Umno, tetapi kamu adalah
rakyat didalam Negara Islam, apa yang telah kamu lakukan untuk menyokong
kerajaan supaya melaksanakan hukum hudud?
Aku harap PAS Selangor janganlah pula nak perasan dan tergedik-gedik dengan 15 kerusi yang ada padanya tu...
Lebih baik kita lihat saja dulu telatah MCA yang sedang terkebil-kebil bila ditanya oleh DAP suatu soalan yang mudah :
Bila nak buat demonstrasi di hadapan ibu pejabat Umno Serlangor bagi menyatakan bantahan mereka terhadap usul itu?
No comments:
Post a Comment