اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, June 12, 2014

Janganlah memalukan diri sendiri dengan pointer 3.85 itu!

 

Ahmad Maslan bela Deepak di parlimen
 | June 12, 2014
Adakah beliau tahu dan melihat surat Datuk Hasan Malek kepada Sabbarudin yang mengarahkannya meluluskan penyelesaian tanpa faedah melalui 120 keping cek "post dated"?
deepak300x200PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang pernah berbangga dengan pointer 3.85 yang dimilikinya tampil menjelaskan di Parlimen semalam bahawa tiada campurtangan menteri kabinet dalam meluluskan pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM32 juta kepada Deepak Jaikishan.

Menurut blogger Shahbudin Husin, Ahmad Maslan dimaklumkan bahawa Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbarudin Chik mengakui kenyataannya mengenai isu pinjaman Deepak itu telah diputar belit oleh media alternatif.
“Persoalan yang sama juga ditanyakan kepada Ahmad Maslan, adakah beliau tahu dan melihat surat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek kepada Sabbarudin yang mengarahkannya meluluskan penyelesaian tanpa faedah melalui 120 keping cek “post dated”? Tahukah juga beliau bahawa Hasan pernah mengugut mahu memecat Sabbarudin dalam suatu perjumpaan?” katanya dalam posting blognya yang terbaharu www.shahbudindotcom.blogspot.com
Katanya lagi, jika beliau tidak tahu semua itu dan tidak pernah berusaha mahu mendapatkan maklumat daripada Sabbarudin, janganlah begitu mudah bercakap urusan Deepak itu tidak ada campurtangan menteri kabinet. Janganlah memalukan diri sendiri dengan pointer 3.85 itu.
“

Beliau menyoal adakah ini bukan campurtangan menteri kabinet namanya, wahai Ahmad Maslan? 





Beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Bahagian Wangsa Maju menambah dalam isu ini, di mana kerajaan nampaknya begitu bersungguh mahu membela tiada unsur rasuah dan tiada campurtangan menteri kabinet, siapakah yang mereka ingin bela?
“Bank Rakyat yang menjadi naungan ribuan koperasi atau Deepak yang begitu mudah berurusan dengan seorang menteri demi kepentingan peribadinya?” soal beliau. 

Katanya, kenapakah Deepak begitu ingin dipertahankan oleh pemimpin dan pihak berkuasa sekarang?
“Meski tanpa hujah konkrit, hanya dengan alasan kosong dan siasatan pula tidak pernah dilakukan, Deepak terus cuba dibela dan dipertahankan,” katanya.


No comments:

Post a Comment