اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, June 12, 2014

GILA - RM13,400 SEWA BAZAR RAMADAN DI MELAKA ??

Photo: GILA - RM13,400 SEWA BAZAR RAMADAN DI MELAKA ??

MELAKA - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) menggesa kerajaan negeri Melaka mengkaji semula kadar sewa tapak bazar Ramadan di Jalan Hang Tuah di sini yang dianggap keterlaluan dan membebankan peniaga hingga RM13,400.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, tindakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menaikkan kadar sewa hampir sekali ganda itu secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pengguna apabila peniaga terpaksa menaikkan harga barang jualan.

Beliau berkata, kadar sewa di situ pada Ramadan tahun lepas hanya sekitar RM7,000 berbanding RM11,400 hingga RM13,400 seunit bagi tahun ini.

"Ikhlas amat kesal dengan perkara ini. MBMB bukan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) jadi mengapa kadar bayaran sewa tapak perlu dinaikkan sehingga begitu tinggi?.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu prihatin terhadap nasib para peniaga dengan mewujudkan skim mikro bazar Ramadan melalui penyediaan dana RM45 juta tapi ini yang sebaliknya berlaku di Melaka," katanya pada sidang akhbar untuk memprotes harga sewa tapak bazar Ramadan di Jalan Hang Tuah itu di sini hari ini.

Mohd Ridzuan berkata, kerajaan negeri Melaka seharusnya mencontohi Negeri Sembilan yang mengenakan bayaran sewa serendah RM0.43 sehari bagi seunit tapak bazar.

Ikhlas mendakwa terdapat sebahagian daripada 50 tapak bazar itu yang dikatakan dijual dengan harga RM7,000 kepada pihak ketiga melibatkan peniaga asing.

Persatuan itu memberi tempoh seminggu kepada kerajaan negeri atau MBMB untuk menyelesaikan isu itu atau Ikhlas akan menghantar memorandum mengadu kepada Najib. - Bernama

No comments:

Post a Comment