اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, June 11, 2014

Dalang Disebalik Enakmen Johor Tersebar?

 



Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin hari ini membangkitkan persoalan berhubung siapa di belakang Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 yang dilulus selepas kontroversi semalam.

“Seandainya betul sultan bukan di belakang rang undang-undang itu, siapa lagi kalau bukan Menteri Besar Umno (Datuk Seri) Khaled Nordin?

“Tentu bukan orang bunian dari Seri Bunian, Pontian!” kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam meluluskan rang undang-undang kontroversi untuk menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) tanpa sokongan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Enakmen yang dikatakan akan menyaksikan pembabitan sultan Johor dalam pentadbiran negeri itu mencetuskan bantahan pelbagai pihak.

Selain pemimpin Pakatan, turut serta menyatakan kebimbangan mereka termasuklah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Selepas kritikan, ia kemudiannya menyaksikan 10 pindaan terhadap lapan fasal dibuat, antaranya dengan memasukkan tindakan sultan atas nasihat menteri besar.

Menulis dalam blognya, Kadir membangkitkan sama ada ia “cerita sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu versi politik ajaib” era Datuk Seri Najib Razak?

“Sorong papan tarik papan. Buah keranji di dalam perahu. Suruh luluskan aku luluskan. Rakyat benci aku buat tak tahu,” sindirnya.

Kadir juga memetik kenyataan Pengerusi Majlis di Raja Johor Abdul Rahim Ramli bahawa sultan tidak campur tangan dalam hal-ehwal kerajaan negeri dan rang undang-undang itu dan dikarang oleh kerajaan.

“Siakap senohong gelama ikan duri. Cakap bohong lama-lama rakyat tak bagi undi,” tambahnya selepas itu. ~mk

No comments:

Post a Comment