اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, June 11, 2014

Skandal Bank Rakyat: Apa motif k'jaan beri layanan istimewa untuk Deepak?

MUHAMMAD FAIZAL




KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mempersoalkan tentang keistimewaan yang dimiliki ahli perniagaan, Deepak Jaikishan sehinggakan beliau mendapat kemudahan dalam menyelesaikan RM32 juta hutangnya di Bank Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014 menegaskan skandal tersebut akan menyebabkan berlakunya krisis pada kepada intitusi kewangan dalam negara ini.

"Kita minta kerajaan jelaskan tentang apa yang didedahkan oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik sebelum ini.

"Ia satu perkara yang amat serius kerana skandal kemudahan ini boleh menjejaskan pelaburan kepada simpanan individu-individu bumiputra di dalam bank itu," jelasnya.

Tambah beliau lagi, pendedahan Sabbaruddin mengenai campurtangan menteri dalam keputusan lembaga pengarah boleh dikategorikan sebagai penyalahgunaan kuasa dan menyebabkan keputusan yang dilakukan tidak mengikuti piawai institusi kewangan itu sendiri.

"Bagaimana menteri boleh campurtangan dan ugut lembaga pengarah dengan berkata "jika kamu tak nak lulus keputusan yang dibuat kepada peminjam ini Deepak, kamu akan dipecat" kenapa perlu ugut, apa yang Deepak ada, sampai dapat layanan sebegini.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kata tak de kes rasuah, kita lihat sebelum ini Permatang Pauh didakwa dalam kes pertama kerana apa? Bukan kerana beri atau ambik duit tetapi kononya hanya beri arahan kepada polis, salahguna kuasa.

"Apakah menteri ini tidak salah guna kuasa, apabila beri amaran ugutan kepada pengerusi dan lembaga pengarah akan pecat kalau tak setuju dengan persetujuan yang dicapai," jelasnya.

Jelasnya lagi, apa yang didedahkan Sabbaruddin adalah persetujuan yang diperolehi di pejabat menteri, antara Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Sri Hasan Malek dengan Deepak adalah untuk penyelesaian baki hutang pinjaman sebanyak RM32 juta dibayar secara tidak memperolehi keuntungan kepada bank.

"Baki RM32 juta bayar RM32 juta untuk tempoh 10 tahun melalui 120 keping cek tertunda.

"Hebat, saya tidak tahu la kalau ada kaedah bayar hutang melalui cek tertunda dan tanpa faedah.

"Kita hendak tahu berapakan jumlah kerugian keuntungan bank hadapi bila kaedah pembayaraan ini dipersetujui oleh menteri," sambung beliau.

Sementara itu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bangun mencelah memberitahu Deepak turut mendapat keistimewaan apabila beliau diberi lesen TV khas selepas pilihanraya dengan pinjaman awal lebih kurang RM400 juta.

"Siapa Deepak sebenarnya, kenapa beliau begitu istimewa.

"Saya hairan kenapa tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bangun membantah bagi menyelamat institusi kewangan.

"Orang Melayu di kampung kalau nak pinjam RM10 ribu cukup susah dan bila tak bayar mereka diiystihar bankrup," katanya.

- HARAKAHDAILY 11/6/2014

1 comment:

  1. Usaha saya cuba meminjam RM 200,000 untuk membina rumah diatas tanah geran kongsi di Gombak hanya boleh ditimbangkan jika harta lain dapat dicagarkan sebagai sandaran. Selari dengan pinjaman secara Islamik, wang yang saya pinjam dijanjikan tidak dikenakan faedah. Saya hanya dipinta membeli balik harta yang saya cagarkan berdasarkan jumlah yang dipinjam, ditambah keuntungan atas kadar 5.6% setahun, serta membeli insurans untuk menjamin hutang saya dijelaskan sekiranya saya ajal sebelum pinjaman langsai. Saya tak sanggup untuk mendengar syarat-syarat seterusnya. Menginsafi umur saya sudah lebih 70 tahun, saya akur saya tak akan mampu membayar premium insurans yang disyaratkan. Bank Rakyat tentunya lega wang RM 200,000 mereka tidak menjadi hutang lapok. Mereka tak kisah tanah saya akan terus menerus menjadi belukar padat sambil mengibarkan bendera kegagalan bumiputra membangunkan hartanya. Ini keluhan dari seseorang yang memegang sahamnya. Fikir-fikirkanlah martabat orang biasa dimata Bank KITA tersebut, berbanding DEEPAK.

    ReplyDelete