KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi hari ini menjelaskan insiden yang membabitkan sebuah NGO
yang mengeluarkan ugutan untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa
Kok Suh Sim bukan satu jenayah.
Beliau menjelaskan demikian melalaui jawapan bertulis terhadap soalan Teresa yang bertanya sama ada kerajaan akan mendakwa NGO yang mengeluarkan ugutan tersebut, juga kepada Datuk Yong Teck Lee yang turut memberi tawaran menampar Menteri Dalam Negeri.
Beliau menjelaskan prinsip undang-undang jenayah di mana suatu kesalahan jenayah hanya boleh wujud apabila terdapat dua elemen bersekali iaitu perbuatan (actus reus) dan niat jahat (mens rea).
Menurut Zahid lagi, perbuatan tawaran tersebut tidak boleh dikatakan wujud suatu jenayah dilakukan kerana tidak memenuhi prinsip-prinsip undang-undang.
- HARAKAHDAILY 11/6/2014

No comments:
Post a Comment