اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, July 26, 2014

Cemburu Dan Menantu Punca Hadi Awang Pilih Khalid Ibrahim Sebagai MB Selangor



“Hadi cemburu dengan Anwar kerana Anwar lebih diiktiraf sebagai pemimpin Islam dari Malaysia oleh masyarakat antarabangsa kerana kefahaman dalam politik antarabangsa dan kemahiran berbahasa Inggeris.

“Sebab itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, beberapa pemimpin PAS bertemu Ku Li untuk tawar jawatan perdana menteri jika Pakatan menang,” katanya merujuk kepada pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.


Selain faktor peribadi dengan Anwar, antara sebab mengapa Hadi mahu Khalid terus kekal menjadi menteri besar adalah kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu menjaga kepentingannya di Selangor.

Menantu kepada presiden PAS itu, Zaharudin Muhammad diberikan jawatan sebagai Ketua Jabatan Agama di Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), syarikat milik kerajaan negeri Selangor.

Selain itu, Khalid melantik Raja Idris Raja Kamarudin, abang kepada penulis blog popular Raja Petra Kamarudin sebagai pengerusi kepada beberapa anak syarikat negeri seperti KPSB, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Central Spectrum (M) Sdn Bhd sebuah syarikat yang menguruskan industri hartanah dan halal di Selangor serta Ceres Telecom Sdn Bhd, anak syarikat kepada KPSB.

Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak presiden PAS itu menjadi menteri besar Terengganu pada 1999-2004.

Hadi pada ketika itu melantik Raja Idris sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan ketua eksekutif kepada TDM Berhad, anak syarikat terbesar kerajaan negeri Terengganu. - tmi

Laman sosial pro PAS, Tulang Besi Malaysiawaves mendakwa dua individu yang rapat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan faktor penghalang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkir daripada terus menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Dua individu itu adalah Pengerusi Kumpulan Perangsang Raja Idris Raja Kamarudin dan menantu Hadi, Zaharudin Muhamad (Din Ayam).

“Khalid Ibrahim berjaya memecahbelahkan PAS melalui Raja Idris/Perangsang semata-mata mahu terus kekal menjadi MB Selangor.









No comments:

Post a Comment