اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, July 26, 2014

Kerana Sikap US, Israel Menjadi Lebih Kurang Ajar!

 

Untuk membunuh ular, potong kepalanya terlebih dahulu!

Rejim Zionis bedil 30 rumah awam
BH - 2014/07/26 - 06:15:55 AM
Seorang lelaki Palestin membawa seorang kanak-kanak perempuan yang cedera akibat bedilan Israel di sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menjadi tempat perlindungan penduduk Palestin. - Foto Reuters

Pemimpin jihad Islam terbunuh, angka kematian Palestin cecah 828

BANDARAYA GAZA: Korban keganasan Israel di Gaza mencapai angka 828 semalam, ketika Washington menekan rejim Zionis itu dan pergerakan Hamas supaya bersetuju dengan gencatan senjata kemanusiaan selama seminggu dan mencapai penyelesaian mengenai perjanjian jangka panjang.

Pesawat Israel awal semalam membedil 30 buah rumah di Semenanjung Gaza, mengorbankan seorang pemimpin militan jihad Islam Salah Hassanein dan dua anak lelakinya, ketika Kabinet Keselamatan Israel membincangkan sama ada untuk memperluaskan tindakan serangan atau mempertimbangkan untuk gencatan senjata. 


Jurucakap polis Gaza, Ayman Batniji dan al-Kidra berkata Hassanein dan dua anak lelakinya terkorban dalam serangan udara itu. 


Sementara itu setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, berkata beliau terkejut dengan pengeboman tempat kemudahan perlindungan PBB oleh Israel kelmarin, dan mahu pembunuhan dihentikan.

Washington berkata, ia amat sedih dan bimbang mengenai kejadian tragik itu menyalahkan sekutu kuatnya itu secara jelas.

Di tengah tekanan antarabangsa yang memuncak ke atas kedua-dua pihak supaya mengadakan gencatan senjata, Kabinet keselamatan Israel bertemu semalam untuk membincangkan cadangan perjanjian yang diserahkan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, lapor media.

Ia mencadangkan gencatan senjata kemanusiaan selama seminggu bagi membolehkan Hamas, pentadbir Gaza, mendapat semula kredibiliti selepas menolak inisiatif Mesir minggu lalu yang mencadangkan gencatan senjata dulu dan berbincang kemudian. 


“Caranya adalah akan ada gencatan senjata diisytiharkan selama tujuh hari, dan semua orang akan ke Kaherah untuk berunding,” kata pegawai Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat.

Kerry, kelmarin menjemput sekutu Hamas, Turki dan Qatar, dan Ban serta Setiausaha Politik Britain, Philip Hammond, menyertai mereka di Kaherah untuk mendesak pelan itu, kata diplomat.

Pemimpin dalam buangan Hamas, Khaled Meshal, bagaimanapun memberitahu Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin sebarang gencatan senjata mesti memasukkan jaminan ditamatkan kepungan ke atas Gaza selama lapan tahun.

“Kami mahukan gencatan senjata secepat mungkin, yang selari dengan menarik semula kepungan di Gaza,” katanya.

Media Israel pula melaporkan tentera mahukan lebih masa untuk memusnahkan kawasan roket dan terowong dari Gaza hingga ke Israel, yang digunakan Hamas untuk melancarkan serangan. Tentera berkata mereka menjumpai 31 terowong tetapi hanya berjaya memusnahkan satu pertiga daripadanya setakat ini. 

Di Tebing Barat, Palestin mengisytiharkan Hari Kemarahan, dan beribu-ribu rakyat Palestin bertempur dengan pihak keselamatan Israel. Seorang rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera.

Jumlah rakyat Palestin yang terkorban mencecah 828 semalam, apabila 115 orang terbunuh kelmarin, kata pegawai kesihatan Palestin, Ashraf al-Kidra. Lebih 5,200 rakyat Palestin pula cedera sejak pertempuran bermula 8 Julai.

Dalam tempoh sama 35 rakyat Israel maut, 33 daripadanya adalah tentera, manakala seorang pekerja rakyat Thai turut terkorban. - AFP / AP


No comments:

Post a Comment