اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, July 26, 2014

Pasai apa Khalid bayaq RM1.63 bilion kepada Tan Sri Rosli Ismail kalau dah tahu syarikat2nya hampir bankrap...

 


Photo: http://rafiziramli.com/2014/07/penjelasan-isu-penstrukturan-air-selangor/

Kebelakangan ini, ada beberapa tuduhan liar yang dilemparkan terhadap saya dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya kami terlibat cuba campur tangan dalam rundingan air untuk mendapat bayaran komisen dari pemegang konsesi SPLASH. Tuduhan-tuduhan liar ini ada menyebut jumlah yang besar kononnya melibatkan berpuluh-puluh juta.

Saya tidak menjawab sebarang tuduhan sebegini sebelum ini sebagai menghormati mandat Pakatan Rakyat yang diberikan kepada saya yang menjadi salah seorang Panel Penstrukturan Air yang mewakili PR dan menyelia Kerajaan Selangor dalam hal ini. Saya masih berharap sebelum ini supaya sebarang perbezaan pendapat mengenai kaedah proses penstrukturan air sewajarnya dibincangkan bersama bukan melalui media.

Walau bagaimana pun, oleh kerana tuduhan liar itu melampaui batas dan menjejaskan imej saya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN, saya telah berbincang dengan beberapa pimpinan kanan KEADILAN dan PR sama ada tuduhan-tuduhan ini wajar dijawab secara umum. Saya dinasihati supaya memberi penerangan untuk membolehkan orang ramai tahu keadaan sebenar.

Bersama-sama ini saya sertakan nota penerangan mengenai penstrukturan industri air Selangor yang saya tulis dan bentangkan kepada pimpinan KEADILAN (dan beberapa pimpinan DAP dan PAS) pada akhir Februari 2014 iaitu seminggu selepas Kerajaan Negeri menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kerajaan Pusat.

Kebimbangan yang saya lahirkan dalam bulan Februari 2014 telah menjadi kenyataan iaitu:

1) Kerajaan Pusat engkar dengan kata-kata dan enggan melaksanakan janji mereka menggunakan akta untuk menyempurnakan penstrukturan semula

2) Tarif air di Selangor akan naik mendadak dalam tahun yang dekat dengan pilihanraya umum

3) Kroni kuat Umno iaitu Tan Sri Rozalli Ismail akan menerima harga tawaran Kerajaan Selangor kerana ia lumayan dan jauh mengatasi nilai sebenar syarikatnya

4) Pemegang konsesi Loji Sg Selangor (yang merupakan loji terbesar yang membekalkan kepada hampir 60% pengguna) iaitu SPLASH akan menolak kerana harga tawaran awal dipotong oleh Kerajaan Selangor untuk jumlah itu dibayar kepada Tan Sri Rozalli Ismail

5) Projek Langat 2 diteruskan dan kontrak diberikan kepada kroni-kroni Umno sedangkan bayarannya nanti ditanggung oleh rakyat Selangor

6) Masalah bekalan air di Selangor berterusan hingga menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Pakatan Rakyat

7) Selepas hampir 6 bulan, sehingga kini penstrukturan air tidak nampak ada kemajuan di Selangor. Pelbagai kontroversi dan pertanyaan terus timbul seperti yang saya akan terangkan selepas ini.

Perbezaan pendapat saya yang paling besar dengan Kerajaan Selangor mengenai penstrukturan air ialah keputusan untuk membayar pampasan keuntungan (disebut “equity portion”) kepada Tan Sri Rozalli Ismail (melalui Syabas dan Puncak Niaga) sebanyak RM1.6 bilion sedangkan nilai kedua-dua syarikat itu adalah hampir muflis. Setelah bertahun-tahun rakyat Selangor sengsara dengan masalah air yang sebahagian besarnya berpunca dari kelemahan Syabas dan Puncak Niaga, Tan Sri Rozalli Ismail menerima ganjaran yang cukup besar yang akan ditanggung oleh rakyat Selangor.

Bagi saya, keputusan itu tidak ada bezanya dengan keputusan Barisan Nasional menghapuskan hutang Tan Sri Tajuddin Ramli sebanyak RM600 juta atau campur tangan Tun Mahathir dulu agar syarikat perkapalan milik anaknya Mirzan Mahathir diberi pampasan lebih tinggi oleh PETRONAS sedangkan nilaian semasanya jauh lebih rendah.

Nota yang saya sertakan ditulis selepas mesyuarat di antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk beliau menjelaskan keputusan dan tindakan Kerajaan Selangor dalam isu air ini.

Saya berlapang dada di dalam bulan Ramadhan ini dengan fitnah sebegini dan beranggapan ia adalah asam garam kehidupan seorang penjawat awam. Saya tidak akan mengambil tindakan saman ke atas mereka yang galak menyebarkan fitnah ini kerana saya yakin dosa yang mereka tanggung melebihi apa-apa tekanan tindakan undang-undang yang boleh saya ambil. Saya maafkan semua yang menyebarkan fitnah ini dan menasihati mereka bertaubat dan berhenti menyebarkannya setelah saya menjelaskan dengan fakta seperti di dalam nota.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Ikuti penerangan berfakta dan latar belakang penstrukturan air di http://rafiziramli.com/2014/07/penjelasan-isu-penstrukturan-air-selangor/
Penjelasan Isu Penstrukturan Air Selangor...

Kebelakangan ini, ada beberapa tuduhan liar yang dilemparkan terhadap saya dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya kami terlibat cuba campur tangan dalam rundingan air untuk mendapat bayaran komisen dari pemegang konsesi SPLASH. Tuduhan-tuduhan liar ini ada menyebut jumlah yang besar kononnya melibatkan berpuluh-puluh juta.

Saya tidak menjawab sebarang tuduhan sebegini sebelum ini sebagai menghormati mandat Pakatan Rakyat yang diberikan kepada saya yang menjadi salah seorang Panel Penstrukturan Air yang mewakili PR dan menyelia Kerajaan Selangor dalam hal ini. Saya masih berharap sebelum ini supaya sebarang perbezaan pendapat mengenai kaedah proses penstrukturan air sewajarnya dibincangkan bersama bukan melalui media.

Walau bagaimana pun, oleh kerana tuduhan liar itu melampaui batas dan menjejaskan imej saya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN, saya telah berbincang dengan beberapa pimpinan kanan KEADILAN dan PR sama ada tuduhan-tuduhan ini wajar dijawab secara umum. Saya dinasihati supaya memberi penerangan untuk membolehkan orang ramai tahu keadaan sebenar.

Bersama-sama ini saya sertakan nota penerangan mengenai penstrukturan industri air Selangor yang saya tulis dan bentangkan kepada pimpinan KEADILAN (dan beberapa pimpinan DAP dan PAS) pada akhir Februari 2014 iaitu seminggu selepas Kerajaan Negeri menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kerajaan Pusat.

Kebimbangan yang saya lahirkan dalam bulan Februari 2014 telah menjadi kenyataan iaitu:

1. Kerajaan Pusat engkar dengan kata-kata dan enggan melaksanakan janji mereka menggunakan akta untuk menyempurnakan penstrukturan semula

2. Tarif air di Selangor akan naik mendadak dalam tahun yang dekat dengan pilihanraya umum

3. Kroni kuat Umno iaitu Tan Sri Rozalli Ismail akan menerima harga tawaran Kerajaan Selangor kerana ia lumayan dan jauh mengatasi nilai sebenar syarikatnya

4. Pemegang konsesi Loji Sg Selangor (yang merupakan loji terbesar yang membekalkan kepada hampir 60% pengguna) iaitu SPLASH akan menolak kerana harga tawaran awal dipotong oleh Kerajaan Selangor untuk jumlah itu dibayar kepada Tan Sri Rozalli Ismail

5. Projek Langat 2 diteruskan dan kontrak diberikan kepada kroni-kroni Umno sedangkan bayarannya nanti ditanggung oleh rakyat Selangor

6. Masalah bekalan air di Selangor berterusan hingga menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Pakatan Rakyat

7. Selepas hampir 6 bulan, sehingga kini penstrukturan air tidak nampak ada kemajuan di Selangor. Pelbagai kontroversi dan pertanyaan terus timbul seperti yang saya akan terangkan selepas ini.




Perbezaan pendapat saya yang paling besar dengan Kerajaan Selangor mengenai penstrukturan air ialah keputusan untuk membayar pampasan keuntungan (disebut “equity portion”) kepada Tan Sri Rozalli Ismail (melalui Syabas dan Puncak Niaga) sebanyak RM1.6 bilion sedangkan nilai kedua-dua syarikat itu adalah hampir muflis.

Setelah bertahun-tahun rakyat Selangor sengsara dengan masalah air yang sebahagian besarnya berpunca dari kelemahan Syabas dan Puncak Niaga, Tan Sri Rozalli Ismail menerima ganjaran yang cukup besar yang akan ditanggung oleh rakyat Selangor.

Bagi saya, keputusan itu tidak ada bezanya dengan keputusan Barisan Nasional menghapuskan hutang Tan Sri Tajuddin Ramli sebanyak RM600 juta atau campur tangan Tun Mahathir dulu agar syarikat perkapalan milik anaknya Mirzan Mahathir diberi pampasan lebih tinggi oleh PETRONAS sedangkan nilaian semasanya jauh lebih rendah.

Nota yang saya sertakan ditulis selepas mesyuarat di antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk beliau menjelaskan keputusan dan tindakan Kerajaan Selangor dalam isu air ini.

Saya berlapang dada di dalam bulan Ramadhan ini dengan fitnah sebegini dan beranggapan ia adalah asam garam kehidupan seorang penjawat awam. Saya tidak akan mengambil tindakan saman ke atas mereka yang galak menyebarkan fitnah ini kerana saya yakin dosa yang mereka tanggung melebihi apa-apa tekanan tindakan undang-undang yang boleh saya ambil.

Saya maafkan semua yang menyebarkan fitnah ini dan menasihati mereka bertaubat dan berhenti menyebarkannya setelah saya menjelaskan dengan fakta seperti di dalam nota.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

 Rafizi Ramli 
Ahli Parlimen Pandan.

No comments:

Post a Comment