اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, July 9, 2014

Judi: K'jaan BN hanya lihat haram dari sudut lesen


MUSLIHAH MOHD AMIR 


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat menyambut baik hasrat kerajaan untuk memerangi aktiviti 'judi haram' seperti yang sedang digerakkan oleh semua agensi penguat kuasa ketika ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusuf bagaimanapun berkata, pihak kerajaan seharusnya juga menilai semula 'judi halal' yang diluluskan lesen oleh Kementerian Kewangan.

Beliau menegaskan, Islam sama sekali mengharamkan perjudian sama ada berlesen atau pun tidak dan tindakan kerajaan yang meluluskan lesen judi perlu diteliti semula.

“Kerajaan harus menilai semula lesen judi yang berleluasa secara sah di Malaysia apakah perkara itu tidak haram dari sudut Islam?

"Kenapa kita hanya melihat haram dari sudut lesen tetapi tidak peduli dan memandang enteng hukum haram dari sudut syariat," katanya kepada Harakahdaily.

Malahan katanya, lebih malang jika hasil judi atau apa sahaja sumber daripada hasil pendapatan negara yang halal dicampuradukkan dalam akaun yang sama.

“Ini jawapan yang di terima di parlimen, hasil judi diletakkan dalam akaun yang sama. Perdana Menteri selalu menyeru supaya rakyat Malaysia menghayati Al-quran.

"Jadi sejauh mana dasar pentadbiran Negara bersesuaian dengan al-quran," soalnya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Justeru, beliau menggesa pihak kerajaan agar mengasingkan hasil sumber judi di akaun yang berbeza agar tidak bercampur dengan hasil halal yang lain.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang di keluarkan oleh Menteri dalam negeri Datuk Zahid Hamidi dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kerajaan akan menggempur premis perjudian haram di seluruh negeri. - HARAKAHDAILY 9/7/2014

*Penulis adalah pelajar KUIZM yang sedang menjalani latihan amali di Harakahdaily.

No comments:

Post a Comment