Kejadian benar ini berlaku di negeri paling utara, iaitu Perlis Indera Kayangan.
Kisahnya mudah, Ketua Pemuda UMNO Perlis Syed Atif Syed Abu Bakar yang juga setiausaha akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim anjur program ramah mesra bos beliau dengan peniaga Pasar Ramadan Bandar Arau pada Ahad lalu.
Tiba-tiba datang sekumpulan penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang menjalankan operasi sita barang-barang jualan di tapak niaga yang belum bayar sewa tapak kepada MPK.
Menurut Syed Atif, beliau berada dalam program rasmi menteri ketika penguatkuasa MPK tiba.
"Oleh kerana ini program YB Menteri yang saya atur selaku setiausaha akhbar, maka saya cuba berunding dengan pihak penguatkuasa supaya tidak ada persepsi negatif terhadap Menteri dan parti... (nanti orang kata) di sini beramah mesra dgn peniaga, disana angkut barang peniaga.
"Waktu itu, YB Menteri sedang sebut kepada TV3, bulan puasa bulan "memberi", tiba tiba ada agensi kerajaan yang "merampas" di sana,"katanya.
Bagaimanapun, menurut beliau, penguatkuasa MPK tidak mahu sebarang rundingan dan terus angkut semua barang jualan ke atas kenderaan mereka (tanpa halangan).
"Peniaga yang terbabit, suami dan isteri (orang Arau /Puteri UMNO), telah merayu tetapi tak diendahkan.
"Ketika si suami kemudiannya berteriak, "MPK zalim, tak bertimbang rasa, kami nak cari duit untuk hari raya"; tiba-tiba salah seorang penguatkuasa lompat keluar dari kenderaan MPK dan terus menumbuk muka peniaga tersebut.
Keadaan jadi amat kecoh dan orang ramai termasuk saya dan Ketua Penerangan Saiful Nizam Othman cuba meleraikan pergelutan itu.
Orang ramai yang berang dengan sikap belagak, angkuh, sombong dan ego penguatkuasa tersebut terus bertindak membaling buah tembikai ke kereta MPK.
"Dengan rasa amat kecewa dengan insiden yang merosakkan program YB Menteri, saya dekati penguatkuasa itu, minta dia mohon maaf pada peniaga itu dan terus beredar.
"Saya tak halang kenderaan MPK untuk beredar sebaliknya saya maklumkan pada driver MPK suruh tunggu sekejap, selesaikan dulu kes tumbuk peniaga itu supaya kes tak berpanjangan.
"Tetapi, kenderaan MPK terus beredar dan terus ke balai polis.
"Daripada lebih kurang 50 orang yang ada, nama saya dan Ketua Penerangan saya yang mereka kenal, maka kami dituduh menghalang penjawat awam menjalankan tugas,"ujarnya kepada wartawan Selasa malam.
Difahamkan Syed Atif disoal-siasat di balai polis Arau dari petang Isnin dan dilepaskan pada petang Selasa tanpa direman.
“Saya terus ditahan di IPD Arau sebaik menyerah diri namun akan memberi kerjasama penuh kepada polis yang menjalankan siasatan,"katanya.
Sementara itu, peguam Jamil Mohamed Shafie yang mewakili Syed Atif dan Saiful Nizam berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan lapor AgendaDaily
Benarkah cerita Ketua Pemuda UMNO Perlis itu sebagaimana yang dilapor oleh AgendaDaily itu?.. susah aku nak percaya cerita dari mulut orang UMNO ni..
Sebab semuanya salah orang lain, walaupun yang bersalah itu orang dia.. orang lain tetap dipersalahkan..
Jurucakap MPK berkata, kejadian itu tidak pun berlaku. “Pegawai kami tak ada menumbuk siapa-siapa.
"Dia buat tohmahan ini untuk tunjuk kuasa dia dan kejantanan dia sebagai ketua Pemuda Umno Perlis,” katanya.
Menurut jurucakap yang enggan dinamakan itu, Syed Atif sebenarnya yang memulakan pertelingkahan itu.
Jurucakap itu juga mendakwa pemimpin Umno itu sebenarnya cuba membuat provokasi dengan mengeluarkan tembikai itu daripada trak MPK.
Ekoran itu dakwanya orang ramai menendang trak sehingga menyebabkan kerosakan.
Jurucakap itu juga menjelaskan, tindakan merampas barang-barang peniaga itu juga diambil setelah mengeluarkan amaran empat hari sebelum itu.
Berhubung lawatan Shahidan, jurucakap itu berkata, pegawai mereka tidak tahu bahawa bekas menteri besar itu akan datang.
Akibat kejadian itu, Syed Ali ditahan apabila beliau pergi ke ibu pejabat polis daerah di Arau untuk kenyataannya dirakamkan.
Beliau dituduh mengganggu tugas penjawat awam ~
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment