اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, July 9, 2014

Lantik juga menteri jaga tandas, kata Mahfuz


SALMIYAH HARUN



KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik menteri kabinet khas menjaga tandas.

Katanya yang juga mengsyorkan supaya menteri yang menjaga tandas itu di kalangan menteri Umno.

"Cadangkan MP Umno khusus daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk menjaga tandas awam,"katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penstrukturan semula kabinet Najib yang semakin membesar dengan mempunyai seramai 35 orang menteri dan timbalan menteri.

Pertambahan menteri kabinet katanya, tidak sepadan dengan penduduk yang ada di dalam negara ini berbanding di Amerika, Jepun dan China jauh lebih ramai tetapi mempunyai jumlah menteri yang sedikit.

Beliau turut mempersoalkan perlantikan Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga Kampung Baharu dan Industri Kecil Sederhana (IKS) khusunya untuk orang China.

"Saya fikir lantik seorang menteri untuk jaga dua benda sahaja...makan gaji buta la! Sebab itu tandas awam pun perlu ada menteri juga.

"Takkan tak boleh lantik sebab boleh lantik MCA untuk jaga IKS dan Kampung Baharu Cina,"katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut Mahfuz, perlantikan Wee itu akan berlakunya pertindihan kerja kerana hal ehwal Kampung Baharu adalah dibawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan.

"Lebih baik kementerian yang jaga Kampung Baru daripada seorang menteri yang jaga. Tukarlah menteri di kementerian ini, lantik Wee Ka siong sebagai menteri.

"Apakah kementerian yang sedia ada sudah tidak efisyen lagi untuk menjaga hal ehwal Kampung Baharu,"soal Mahfuz.

 - HARAKAHDAILY 9/7/2014

No comments:

Post a Comment