Info : Sejarah & Asal Usul Lambang Bintang Bucu Enam Israel (3 Gambar)
Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat
mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari
Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid .
Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota
Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di
dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam
kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam
amanah Islam semula.
Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa,
satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s). Apa
yang menarik adalah di mimbar ini ada bintang berbucu enam iaitu lambang
Israel sekarang.
Sebenarnya
bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan
tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai
lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina
tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai
menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.
Orang Kan’an
merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh
Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. Umur mimbar ini hampir seribu
tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang
Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan
lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab
Kan’an di sini.
Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.
Israel
menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk
asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka
adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan’an adalah penduduk
asal di sini. Lambang Israel
Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.
Apabila
sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jati dirinya.
Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di
sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna
sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.
Penduduk Palestin
merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah
cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak
sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport
Palestin atau Jordan .
Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^
Sumber : http://penpatah.blogspot.com/
Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s). Apa yang menarik adalah di mimbar ini ada bintang berbucu enam iaitu lambang Israel sekarang.
Sebenarnya bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.
Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini.
Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.
Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan’an adalah penduduk asal di sini. Lambang Israel
Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.
Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jati dirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.
Penduduk Palestin merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .
Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^
No comments:
Post a Comment