Dan kena akui. Anda memang BODOH, Nga Kor Ming.
Apa yang berlaku?
Dia update ini ;
Bila kena kritik dia anggap semua pengkritik2 itu ialah orang2 BN. Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas okay.
Dia dan ramai lagi ahli2 politik di negara ini tidak tahu bahawa 60% rakyat di negara ini stand for non partisan. Dan dia juga, dan ramai ahli2 politik di negara ini tidak tahu bahawa penyokong2 partisan semakin matang. Bila mereka melihat satu kebodohan dilakukan oleh mereka takan menerima bulat2 tindakan itu hanya kerana kita sefahaman dalam idelogi.
Dulu rakyat adalah bayi dalam dunia politik. Hanya mampu memandang. Dan sekarang setelah beberapa tahun, rakyat yang dahulunya bayi sudah membesar, sudah boleh bercakap, makan sendiri dan bergerak. Rakyat belum dewasa sepenuhnya tetapi masa untuk rakyat dewasa sepenuhnya akan tiba dan ketika itulah ahli2 politik ini akan tahu langit tue tinggi atau rendah.
Haha.
Sambung semula.
Nga Kor Ming cuba berlagak macam dia pandai. Hanya kerana ko ialah wakil rakyat bagi parlimen Taiping tak menjadikan ko pandai dan tahu semua perkara. Aku juga rasa meluat dengan orang yang perasan dia pandai dalam semua hal. Aku bukan marah orang kritik MAS. Pasal aku tahu MAS memang ada kelemahan kat situ. Kelemahan dalam urusan pentadbiran, urusan membuat keputusan, agihan tender, kewangan. Ada banyak kelemahan2 dalam MAS. Yang neh aku terima dan faham. Ia fakta beb. Ko tak boleh tolak atas nama simpati ataupun prihatin kerana fakta tidak berubah ikut arus emosi ko.
Tapi. Yang aku meluat sangat bila orang fikir bahawa MAS sanggup gadaikan syarikat sendiri, orang sendiri, kakitangan sendiri, nama baik syarikat sendiri, pesawat sendiri, penumpang2 sendiri, saham sendiri, duit sendiri, kredibliti sendiri, keuntungan sendiri, semata2 abaikan tuntutan keselamatan ke atas penerbangan tersebut.
Ia bukan semudah itu.
Kemon la. Antara yang menjadi yang mangsa ialah ASET MAS. MAS ialah aset Malaysia. Malaysia dan MAS ialah MANGSA. Mungkin ada tindakan MAS dan Malaysia yang menyebabkan mereka menjadi mangsa namun ia tetap tak menolak hakikat bahawa MALAYSIA ialah mangsa dalam perkara ini.
Apa la sangat duit untuk pertambahan minyak jika akhirnya syarikat GLC milik Malaysia tergadai?
Jika akhirnya lebih banyak juruterbang2 kita yang mahir, mati?
Jika nama baik syarikat milik negara musnah?
Jika nama negara Malaysia diperlecehkan?
Jika kredibliti penerbangan kita dipersoalkan?
Ia bukan semudah apa yang ko fikirkan. Seteruk2 pemimpin kita, seteruk2 pihak yang menguruskan MAS dorang tahu apa kesannya insiden pesawat terhempas apatah lagi ia 5 bulan selepas insiden #MH370.
Ada nampak macam seronok ke bila Malaysia jadi perhatian dunia sekali lagi? 5 bulan yang lepas tak cukup sengsara untuk kita create satu lagi chaos?
Tak cukup rugi lagi untuk kita tambah satu lagi malapetaka?
Kebencian mendorong kita berfikir mengikut emosi. Aku tidak mahu membiarkan emosi memimpin akal aku. Aku tidak nampak MAS mahu menghadapi insiden ini. Apa yang aku nampak ialah MAS dan Malaysia dijadikan SASARAN MUDAH untuk mengenakan sesetengah pihak.
Aku tak tolak hakikat pentadbiran Najib, lemah. Itu fakta.
Tapi aku juga takan mahu menambahkan lagi kelemahan yang sedia ada. Dunia perlu nampak kita bersatu walaupun ianya HIPOKRIT. Dengan menolak campurtangan dari luar maka baru la kita boleh focus untuk selesaikan permasalahan ini dengan lebih effisen.
Lim Kit Siang kongsikan artikel jangan salahkan MAS dalam insiden #MH17. |
Aku terima point kritikan bahawa MAS boleh elakkan kawasan tragedi jika ;
1. Kurangkan kebergantungan kepada maklumat yang disediakan oleh pihak luar.
2. Menjadi lebih sensitif walaupun akhirnya ia sia2.
Tapi ingin aku tambah. Andai MAS ialah sasaran mereka, maka mereka pasti ada cara untuk memastikan MAS masuk ke dalam perangkap mereka. Dan adakah kita akan buta2 untuk masuk ke perangkap mereka pada masa akan datang? Sudah tentula kerajaan kita perlu memikirkan langkah2 pencegahan bagaimana kita patut belajar dalam dua tragedi yang berlaku ini.
Kita takan jadi sasaran mudah mereka andai kita tidak mudah diperkotak-katikkan. Nampaknya apa yang menyebabkan kita dijadikan sasaran adalah kerana kita lemah. Kita ada banyak kelemahan dan kelemahan2 itu akhirnya telah menyebabkan kita menjadi mangsa keadaan. Ini fakta.
Dua penerbangan lain berdekatan #MH17 sebelum ditembak jatuh. |
Terima kelemahan kita bukan bermaksud kita memburukkan negara tetapi kita perlu nilai semula kelemahan2 kita untuk tujuan pembaikian dan penambahbaikkan di masa2 hadapan. Dalam pada kita mencapai proses itu maka marila kita kurangkan menulis perkara2 yang mengarut dan lebih tumpu untuk mencari solusi bagi membetulkan keadaan kita. Kita sudah terkena dalam insiden #MH370. Dan adakah kita tidak serik lagi mahu mengulangi tingkahlaku yang sama dalam #MH17?
Jangan tiru perangai NGA KOR MING. Korang boleh tengok sini sendiri. Untuk melayu2 yang racist dan benci sangat dengan orang cina boleh baca betapa rakyat Malaysia yang berbangsa cina ini juga rupanya sayangkan MAS dan Malaysia. Betapa banyak kritikan yang Nga Kor Ming terima dari penyokong2 sendiri bahkan dari bangsa2 sendiri. Dan err.. cina gaduh cina, melayu tepuk tangan tak?
KAH KAH KAH
Kbai.
No comments:
Post a Comment