اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, August 19, 2014

2 FOTO .. LAGI KEJADIAN KERETA PERISAI ATM TERBALIK MENYEBABKAN LAGI DUA ANGGOTA TENTERA MAUT DAN EMPAT CEDERA.

 





Sandakan: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Labuk Bay, Jalan Sungai Tiram, Batu 19, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa yang maut Ahmad Fikri Mansur, 23, berasal dari Kelantan dan Mohd Hanif Fattahur Rahim, 31, berasal dari Johor.

Sementara itu, empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Difahamkan, ketika kejadian semua anggota tentera dalam perjalanan dari Kampung Sungai Titam menuju ke Kem Sri Kinabatangan Batu 7, di sini.

Apabila tiba di lokasi kejadian kereta perisai berkenaan hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan dua anggota tentera maut di tempat kejadian manakala empat anggota tentera cedera ringan dikejarkan ke hospital.


BERITA SEBELUM INI



2 maut, 2 parah kereta perisai terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan

Dua anggota tentera masing-masing berpangkat Sarjan dan Koperal maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar hari ini.

Sarjan Bayong Burma mati di tempat kejadian manakala Koperal Che Mohd Patanah Che Ismail meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

Dua anggota tentera yang parah, iaitu Koperal Sharifuddin Abdullah dan Lans Koperal Freaddy Barlabas, menerima rawatan di hospital sama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus berkata pihaknya menerima panggilan berhubung nahas itu, yang berlaku pukul 6.30 petang, kira-kira 15 minit kemudian dan lapan anggota dikejar ke tempat kejadian.

"Setiba di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta perisai berada dalam keadaan terbalik dan ada mangsa tersepit. Kesemua mangsa dikeluarkan anggota tentera yang berkonvoi bersama-sama," katanya ketika dihubungi di Ipoh.

Ismail berkata kereta perisai itu dipercayai terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya sebelum terbalik.

"Apabila kita lihat kesemua mangsa dikeluarkan, kita segera membuat kawalan dan memastikan tumpahan minyak yang berlaku tidak mencetuskan kejadian lebih buruk.

"Apabila mangsa dibawa ke hospital, kita terus lakukan pembersihan kawasan kejadian," katanya.

Beliau juga berkata kereta perisai itu sedang berkonvoi dari Sungai Petani, Kedah ke Gemas, Negeri Sembilan bersama-sama kenderaan lain pasukan tentera.

"Kereta perisai yang terlibat dalam kemalangan itu diuruskan pihak tentera sendiri," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Bernama, 3 Julai, 2014  

No comments:

Post a Comment