اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, August 19, 2014

Siapa Golongan Kopiah Putih Yang Haprak Dalam PAS

 


Nak menulis memanglah boleh tapi buat sanggahan secara rambang macam ni bukan caranya. Yang mengelupur cuma seorang. Tapi yang ko hentam beribu orang.

Ini pun kopiah putih juga tapi dia releks saja
PAS baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat yang bersejarah berkenaan krisis menteri besar Selangor.

Keputusan jawatankuasa PAS Pusat yang bersetuju mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan Timbalan Presiden Azmin Ali sebagai calon baru menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar baru. Azmin menarik diri dari dicalonkan dan hanya nama presiden PKR yang akan dipersembahkan sebagai calon tunggal kepada sultan.

Keputusan ini bercanggah dengan keputusan terdahulu yang diputuskan Majlis Syura Ulama PAS yang menyokong Khalid sebagai MB.

Golongan "kopiah putih" dalam PAS sangat kecewa dengan keputusan baru yang dibuat oleh AJK PAS Pusat. Salah seorang yang tidak dapat menahan kecewa adalah Dr Zuhdi Marzuki, ahli PAS yang baru-baru ini popular kerana nak jentik bukan Islam.
Zuhdi melalui laman facebooknya menghentam Timbalan Presiden PAS Mat Sabu secara terbuka dengan mengatakan Mat Sabu sudah menjadi ayam daging Datuk Sri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Walaupun tidak menyebut nama Mat Sabu, sudah menjadi pengetahuan umum timbalan presiden PAS itu terkenal sebagai ayam sabung PAS. Perangai buruk lagi hodoh golongan "kopiah putih" seperti Zuhdi Marzuki melayakkan beliau mengikut jejak langkah Hasan Ali.

Siapa Zuhdi Marzuki jika ingin dibanding dengan Mat Sabu yang telah teruji dalam perjuangannya. Keluar masuk penjara kerana perjuangan PAS sudah menjadi darah daging beliau. Tiba-tiba muncul "budak mentah" Zuhdi yang muncul entah dari mana menghentam Mat Sabu.

Golongan "kopiah putih" dalam PAS kebanyakannya berlatarbelakang pendidikan agama, dilihat berkopiah sepanjang masa, di Facebook mereka penuh dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi tapi perangai dan tingkahlaku mereka yang buruk tidak sama seperti apa yang mereka tulis.

Golongan "kopiah putih" ini "mullah-mullah" muda yang baru nak meningkat naik dalam PAS. 2 Adun PAS YB Saari Sungib dan Hasnul Baharudin yang menyokong presiden PKR sebagai MB digelar pengkhianat parti dan munafik haraki puak-puak "kopiah putih" ini.

Tindakan bijaksana dari 2 adun PAS selari dengan keputusan muktamar PAS iaitu badan tertinggi pembuat keputusan dalam PAS yang mahu PR terus diperkukuh. Ini memberi tekanan kepada PAS supaya kembali kepada permuafakatan PR.

Golongan "kopiah putih" ini juga memberi gambaran keputusan AJK PAS Pusat menunjukkan ulama dan Majlis Syura Ulama PAS sudah tidak dihormati dan PAS sudah diresapi pemimpin yang berketuakan Anwar.

AJK PAS Pusat dipilih secara demokratik para perwakilan PAS, jika AJK PAS Pusat ini pro-Anwar maka perwakilan PAS yang memilih mereka perlu dipersalahkan. Satu perkara yang menarik mengenai puak-puak "kopiah putih" ini mereka sangat bencikan Anwar. Tidak diketahui kenapa dan mengapa mereka sangat membenci Anwar.

Mereka iri hati jika ade pemimpin PAS yang dilihat rapat dengan Anwar. Pemimpin PAS seperti Khalid Samad, Hanipa Maidin, Dr Mujahid, Husam Musa, Mat Sabu, Dr Dzulkefly Ahmad, Mahfuz Omar, Kamaruddin Jaafar sangat dibenci golongan "kopiah putih" dalam PAS kerana dilihat terlalu pro-PR dan pro-Anwar. Perangai haprak golongan "kopiah putih" ini dapat dilihat semasa pemilihan PAS yang lepas di mana mereka memfitnah pemimpin PAS yang dilihat "liberal" dan bukan pro-ulama.

Mat Sabu meluahkan rasa kecewa walaupun menang jawatan timbalan presiden dengan mengatakan pemilihan PAS yang lepas adalah pemilihan yang paling teruk pernah beliau alami. Apa yang paling menarik mengenai golongan "kopiah putih" ini kebanyakan mereka tidak mempunyai "intellectual capacity" untuk berjuang dan berbahas isu-isu rakyat.

Lihat di Dewan Rakyat ahli parlimen muda DAP dan PR lebih menonjol membahas isu-isu rakyat berkaitan ekonomi, "good governance" dan politik.

Rafizi Ramli, Liew Chin Tong, Nurul Izzah, Surendran, Zairil Khir Johari, Gobind Singh dilihat lebih kehadapan berjuang isu-isu rakyat berbanding 2-3 kerat golongan "kopiah putih" dalam Dewan Rakyat.

Tetapi jika melibatkan Anwar seperti krisis MB baru-baru ini, merekalah akan jadi orang no. 1 menghentam rakan-rakan dalam PR. Kapasiti intelektual golongan "kopiah putih" sangat menyedihkan. Mereka hanya pandai membincangkan soal najis mughallazah, hentam Anwar dan "jentik" bukan Islam.

Golongan "kopiah putih" dan perangai haprak mereka jadi batu penghalang besar PAS supaya progresif maju kehadapan.

Golongan ini perlu sedar PAS menang banyak kerusi di Selangor kebanyakannya disebabkan sokongan yang tidak berbelah bahagi bukan Islam kepada PAS.

Bukan Islam percayakan PAS dan aspirasi PR. Jangan khianati kepercayaan mereka. Ini pertama kali dalam sejarah PAS mempunyai sokongan yang kuat dari bukan Islam. Masa PAS banyak dihabiskan semata-mata melayan karenah golongan ini. – 19 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/golongan-kopiah-putih-yang-haprak-dalam-pas-hafiz-ahmad#sthash.ZQjizadT.dpuf

No comments:

Post a Comment