اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, August 19, 2014

MRT Runtuh: CEO Letak Jawatan.. Kapalterbang jatuh?

 



Walaupun tindakannya meletakan jawatan bukanlah penyelesaian bagi kejadian runtuh ini.. sekurang-kurangnya beliau ada rasa bertanggungjawab kerana sewaktu kejadian beliau berkuasa terhadap MRT Corp.

Bukannya macam pemimpin-pemimpin yang ada tu... dah dua kapal terbang hilang pun masih tak mahu lepas jawatan...

Laporan berkaitan...

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini mengumumkan meletakkan jawatan ekoran kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa di tapak pembinaan MRT malam tadi.

Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang media di Sungai Buloh hari ini.


“Sebagai peneraju MRT Corp, saya ambil tanggungjawab peribadi atas insiden yang berlaku dan ia (letak jawatan) tindakan yang betul untuk dilakukan," katanya.

Beliau juga berkata, keputusan meletakkan jawatan itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp Tan Sri Ali Hamsa.

Sedih dengan kemalangan itu, Azhar berharap selepas ini punca kemalangan yang dikenal pasti akan dapat diperbetulkan.

"Saya harap semua kelemahan yang dikenal pasti dapat diperbaiki," katanya.

Azhar dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif MRT Corp pada 1 September 2011.

Ia sebahagian langkah susulan kepada keputusan kerajaan untuk menubuhkan syarikat bagi mengambil alih pemilikan dan pembangunan projek MRT di Lembah Klang daripada Syarikat Prasarana Malaysia Bhd.

Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Kota Damansara jam 8.30 malam tadi.

Pada jam 2.30 pagi semalam, mayat pertama mangsa ditemui pihak bomba.

Dua lagi mayat mangsa berjaya dikeluarkan daripada tapak kemalangan pada jam 1.35 tengah hari tadi lapor Malaysiakini

No comments:

Post a Comment