اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, August 7, 2014

Malaysia Nude Sports Games 2014.. turut disertai bekas Ketua Wanita Gerakan rupanya..

 



Seorang daripada peserta terbabit dalam pesta sukan bogel di kawasan pantai terpencil dalam kawasan Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang adalah bekas ketua Wanita Gerakan Kedah.

Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, wanita itu yang pernah menjawat jawatan pemimpin sayap pergerakan itu pada 1980-an bagaimanapun kini bukan lagi ahli parti itu.

Beliau berkata, keahlian wanita itu tamat tempoh apabila beliau berhenti membayar yuran selama lebih 20 tahun dan insiden di Teluk Bahang berkenaan tiada kena mengena dengan parti.

“Saya tidak kenal dia secara peribadi dan saya tidak tonton video acara bogel itu. Beberapa wartawan yang mengetahui mengenai wanita itu kemudian bertanya kepada Gerakan.

“Saya minta Gerakan Kedah membuat siasatan dan ia mengesahkan beliau bekas ahli. Beliau adalah bekas ketua Wanita parti di Kedah ketika muda semasa berusia 20-an.

Beliau berasal dari Lunas dan kini 54 tahun.

“Gerakan juga terkejut dengan acara bogel yang berlaku di Pulau Pinang itu. Ia sesuatu yang tidak dijangka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Awal minggu ini, klip video sekumpulan lelaki dan perempuan menyertai acara sukan bogel di Pulau Pinang tersebar luas di Internet.

Berbogel di tempat awam tidak dibenarkan di Malaysia dan polis kini menjejaki 15 orang dalam klip video itu.

Tujuh daripadanya rakyat Malaysia lapor The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment