اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, August 16, 2014

Saari Sungip Sakit Jantung Akibat Langgar 'Baiah' Pas Adalah Berita BOHONG!

 



Sejak petang semalam, penyokong Parti Islam se-Malaysia (PAS) didakwa menyebarkan pesanan ringkas (SMS) bahawa ADUN Hulu Klang, Saari Sungip dari PAS dimasukkan ke Istitut Jantung Negara kerana sakit jantung.

Namun menurut Suara.TV, Institut Jantung Negara (IJN) menyatakan laporan tersebut adalah palsu dan tidak berasas.

SMS tersebut dipercayai bertujuan menakutkan wakil rakyat Pas yang ingin belot dari parti tersebut. Mereka mendakwa Saari Sungip sakit jantung setelah derhaka dengan baiah Pas apabila mendahului keputusan parti Pas untuk menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Semalam Saari Sungip dan Hasnul Baharudin, ADUN Morib dari Pas mengejutkan negara apabila mengumumkan sokongan secara terbuka kepada Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ini sekaligus menimbulkan kemarahan pucuk pimpinan Pas yang sedang bermain tarik tali sama ada mahu menyokong Khalid Ibrahim atau Wan Azizah,

Malah Hasnul Baharudin dikatakan mengeluarkan kenyataan terbuka petang tadi mengkritik Pas yang masih belum membuat keputusan mengenai perebutan jawatan Menteri Besar di Selangor.

Menurut Suara.TV, Hasil tinjauan dan pemeriksaan mereka di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi mendapati tiada nama pesakit yang didaftarkan diatas nama Saari.

“Mengikut data kemasukan sepanjang hari ini, tiada sebarang nama yang direkodkan atas nama beliau” ujar pegawai IJN yang bertugas.

Beberapa blog sebelum ini mendakwa kononnya Astro Awani melaporkan ADUN tersebut berada dalam keadaan kritikal setelah mengadu sakit dada kepada isterinya, Alizs Jaafar dirumah mereka di Taman Sri Ukay, Hulu Klang sebelum dimasukkan ke hospoital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Laporan tersebut kemudiannya disebarkan oleh pihak-pihak tertentu melalui aplikasi Whatsapp.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali dilaporkan berkata Saari Sungib mungkin melanggar baiah bersama Pas sekiranya beliau memutuskan untuk keluar parti semata-mata kerana keengganan Pas Pusat menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Hasan Ali pelanggaran baiah berlaku apabila seorang pemimpin atau ahli Pas melakukan perbuatan yang bercanggah dengan pendirian Pas Pusat.

Saari merupakan salah seorang dari dua ADUN PAS yang menyokong perlantikan Wan Azizah Ismail semalam lapor MyKemut

Sementara itu Pemuda PAS turut menafikan berita bohong tersebut lapor Sinar Harian

SHAH ALAM – Berita Adun Hulu Kelang, Saari Sungib yang dikatakan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akibat sakit dada disangkal oleh Pemuda Pas hari ini.

Ditanya tentang penyebaran berita tersebut, ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, berita yang tersebar melalui aplikasi dan laman sosial tersebut tidak benar sama sekali.

“Tak betul... palsu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Saari didakwa dikejarkan ke IJN petang semalam selepas mengadu sakit dada kepada isterinya, Alizs Jaafar di rumah mereka di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang.

Beliau dikatakan berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di unit kecemasan institut kesihatan itu.

Saari merupakan seorang daripada dua Adun Pas yang menyokong pelantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Ia sekaligus melanggar pendirian Majlis Syura Ulama Pas baru-baru ini dan mendahului Mesyuarat Jawatankuasa Pusat.

Sehingga kini beliau masih enggan menarik balik surat sokongan beliau sebagaimana diarahkan Setiausaha Pas Selangor.

Menurut Suhaizan lagi, pihaknya telah pun menghubungi anak Saari untuk mengesahkan berita tersebut dan bertanyakan status Adun Hulu Kelang itu.

Kata Suhaizan, anaknya turut menafikan penyebaran berita tersebut.

“Saya sahkan dengan anak dia. Ayah dia okay. Sihat sahaja,” jelasnya lagi.

Sementara itu, sumber IJN turut menafikan Saari ditahan di wad bagi mendapatkan rawatan akibat sakit dada.

Memang bodoh sesiapa saja yang mula menyebarkan berita bohong itu....

Sumber :  http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/08/

No comments:

Post a Comment