اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, January 11, 2015

Jejak 'raja judi' dari Macau ke Vegas


 

  Lelaki yang menjadi subjek dalam surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) dikatakan memiliki kehidupan mewah dan bersenang-senang di Caesars Palace, hotel agam di Las Vegas.


Zahid menulis membersihkan nama Phua, seorang rakyat Malaysia, yang dikaitkan dengan kumpulan kongsi gelap terkenal berpangkalan di Hong Kong 14K, untuk prosiding di mahkamah AS.

Bagaimanapun, peguam Phua menarik balik surat itu pada 29 Disember lalu selepas kerajaan Malaysia membantah penggunaannya di mahkamah.

Dalam pembelaannya terhadap pertuduhan melibatkan perjudian, peguam Phua dan anaknya Darren mendakwa bahawa mereka diperangkap.

Sebagai reaksi, kerajaan AS yang diwakili oleh pendakwanya Daniel Bogden mengeluarkan jawapan 53 halaman bagi menjawab perkara itu.

Jawapan itu, yang diubah statusnya, termasuk eksibit 295 halaman.

Eksibit itu termasuk nota FBI, pengakuan saksi yang tidak didedahkan, ratusan pesanan WhatsApp, Skype dan SMS, jutaan transaksi bank, termasuk juga resit dan pengisytiharan kastam.

Berdasarkan semua ini, nyata kedua-dua tertuduh begitu berhati-hati.

Saksi-saksi memberitahu FBI bahawa Phua – kadang-kadang digelar “bos” – tiba Vegas selepas ditangkap di Macau atas dakwaan perjudian haram.

Bagaimanapun beliau bebas, berdasarkan keratan akhbar di China, “tidak diketahui”.

No comments:

Post a Comment