اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, March 10, 2015

1MDB garu kepala Najib, Husam buat laporan polis



Oleh Mohd Sayuti Omar

Ada agen Umno bertauliah cuba memberi justifikasi terhadap ketidakhadiran Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di majlis penerangan berhubung 1MDB dan sekaligus himpunan solidariti untuk Najib Razak yang diadakan di bangunan semalam.

Tulis beberapa agen bertauliah Umno itu sebagai menjawab ulasan beberapa pemerhati politik berhubung majlis berkenaan tanpa kehadiran Muhyddin.

Agen bertauliah Umno menulis kononnya ketidakhadiran TPM itu sesuatu yang bukan luar biasa dan tidak perlu dibangkitkan. Lebi ironisnya agen bertauliah Umno menuduh pemerhati pro-pembangkan sengaja menimbulkan kemelut itu.

Semasa Najib memberi penerangan kepada ketua-ketua Umno semalam, Muhyiddin bersama beberapa kira-kira lebih 40 ketua bahagian Umno tidak hadir. Mereka termasuklah Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir. Alasan diberikan kononnya Mukhriz ada majlis lain.

Justeru pemerhati melihat kegagalan Muhyiddin dan lebih 40 ketua ketua Umno bahagian itu sebagai "protes" kepada himpunan solidariti kepada Najib itu. Ia juga mencerminkan bahawa ada sebilangan ketua-ketua bahagian tidak sedia mendengar penjelasan Najib berhubung syarikat 1MDB yang kini menjadi liabiliti kepada Perdana Menteri itu dan juga risiko kepada kerajaan UBN.

1MDB benar-benar menjadi isu baru yang menggaru kepala Najib kini. Syarikat berkenaan mengalami kerugian lebih RM40 billion. Isu itu walaupun lama sebelum ini sudah dibangkitkan oleh pihak Pakatan Rakyat, tetapi kini ia benar-benar menekan Najib apabila bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sendiri membangkit dan tidak berpuas hati dengan penjelasan oleh pihak kerajaan.
Tindakan Mahathir mengambil serius terhadap isu berkenaan inilah menjadikan Najib tidak nyenyak tidur. Dan palung menjungkitkan Najib apabila ada maklumat mengatakan Najib akan diberkas dan diminta turun daripada kerusi Perdana Menteri dengan isu berkenaan. Najib telah diberi katakan dua sebelum ini sama ada berhenti atau terus menerima asakan sehingga terpaksa turun dengan sehelai sepinggang dari Putrajaya.

Mahathir dan golongan yang anti Najib dalam Umno sudah memberi deadline kepada Najib.

Apabila Muhyiddin tidak sedia untuk hadir semalam, atas alasan ada urusan lain, ia jadi tambah menarik dan mengiyakan desas desus sebelum ini yang Muhyiddin bersengkol dengan Mahathir. Apakah ketidakhadiran Muhyiddin itu sebagai tekanan simbolik kepada Najib. Sebelum ini Muhyiddin dilihat sudah bercanggah pandangan dengan Najib mengenai 1MDB. Muhyiddin semacam mahu lepas tangan daripada bertanggung dan memikul biawa hidup 1MDB itu.

Sebaik sahaja perjabat perdana menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Kabinet tidak ada salah laku terhadap syarikat berkenaan dan Jabatan Audit Negara boleh menyiasat sebelum laporan diserahkan kepada jawatankuasa parlimen, Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Muhyiddin pula mengeluarkan kenyataan tegas (bercanggah) mengatakan PAC boleh buat siasatan tanpa menunggu laporan Jabatan Audit Negara.
Muhyiddin juga dilaporkan beliau tidak setuju kalau kerajaan menyelamat (bailout) syarikat yang berhutang sebanyak RM42 billion itu.
Pencanggahan ini menunjukkan ketidaksamaan pandangan dan tindakan kedua pemimpin Umno itu dalam soal 1MDB. Kenyataan Muhyddin itu juga dilihat cuba menangkis cadangan Najib yang dilihat lebih untuk selamatkan dirinya. Najib adalah Penasihat syarikat 1MDB yang menjadi milik Menteri Kewangan.

Perbezaan pandangan terhadap sesuatu isu besar seperti 1MDB itu memberi gambaran bahawa kedua pemimpin nombor satu dan nombor dua itu sudah tidak sejalan dan sehaluan lagi. Muhyiddin nampak tidak mahu mengambil risiko untuk membersihkan dirinya.

Justeru apabila Muhyiddin tidak hadir pada majlis pernerangan Umno semalam yang lebih untuk menyatakan sokongan kepada Najib, ertinya Muhyiddin dan bersama 40 ketua-ketua bahagian lain tidak sedia untuk angkat sepanduk menyokong presiden parti.

Pendirian dan cadangan Muhyiddin agar syarikat 1MDB itu disiasat oleh PAC tanpa menunggu laporan Audit Negara disokong oleh rakyat yang mahukan masalah dalaman syarikat itu didedah seluas-luasnya. Isu 1MDB adalah hak rakyat kerana peruntukan kewangan disalurkan kepada syarikat itu adalah pitis rakyat bukannya pitis Rosmah binti Mansor.

Hari ini Naib Presiden Pas Husam Musa telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung syarikat berkenaan. Husam menggesa agar siasatan telus dilakukan ke atas syarikat 1MDB itu.

Kata Husam beliau membuat laporan polis itu bagi membolehkan satu siasatan dilakukan dibawah Seksyen 405 kesalahan Jenayah Pecah Amanah dibawah Akta Kesalahan Jenayah 574 meliputi dua perkara asas.

Pertama, tentang pembayaran sebanyak USD700 juta oleh 1MDB kepada Good Star Limited Seychelles.

Kedua, melakukan siasatan ke atas penasihat 1MDB, Menteri Keangan serta Ahli Lembaga dan pengurusan 1MDB pada tahun-tahun 2009 dan 2010 mengenai pembayaran oleh 1MDB sebanyak USD 1 billion (bersamaan RM3.48 billion mengikut tukuran pada masa itu) kepada syarikat usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi Holdings (Cayman) Limited bernama 1MDB PetroSaudi Ltd tanpa mempunyai profile syarikat rakan usaha sama, tanpa semakan aset yang diistyharkan yang kemudiannya didapati tidak wujud dan tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan Lembaga 1MDB.

Sehubungan itu Husam meminta, Perdana Menteri mengosong kedudukannya sebagai penasihat 1MDB dan juga Menteri kewangan selama siasatan itu dijalankan bagi melicinkan siasatan dan tidak mempunyai apa-apa kerumitan. Dalam masa kekosongan itu, timbalannya, Muhyiddin hendaklah mengambil alih jawatan-jawatan berkenaan.

Berikut adalah laporan polis dibuat Husam hari ini:

LAPORAN POLIS UNTUK SIASATAN DI BAWAH KESALAHAN JENAYAH PECAH AMANAH 1MDB BERDASARKAN LAPORAN THE EDGE 9 - 15 MAC 2015

Atas prinsip tanggung jawab kolektif warga Malaysia menghindarkan perbuatan pecah amanah yang akan merugikan negara dan rakyatnya, saya pada petang ini telah membuat laporan polis seperti berikut di Balai Polis Dang Wangi;

"Saya merujuk kepada majalah The Edge, keluaran 9 Mac - 15 Mac 2015 yang diterbitkan oleh The Edge Communications Sdn Bhd khususnya laporan utama muka depan dan laporan pada muka surat 62, 63, 64 dan 65 majalah berkenaan mengenai perjalanan pelaburan 1MDB.

Satu nashkah majalah ini dikembarkan bersama laporan ini.

Saya membuat laporan ini untuk polis melakukan penyiasatan di bawah Seksyen 405 kesalahan Jenayah Pecah Amanah di bawah Akta Kesalahan Jenayah 574 meliputi;

a. Pembayaran sebanyak USD 700 juta oleh 1MDB kepada Good Star Limited Seychelles

b. Siasatan ke atas YAB Penasihat 1MDB, YB Menteri Kewangan serta Ahli Lembaga dan pengurusan 1MDB pada tahun-tahun 2009 dan 2010 mengenai pembayaran oleh 1MDB sebanyak USD 1 billion (bersamaan RM 3.48 billion mengikut tukaran pada masa itu) kepada syarikat usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi Holdings (Cayman) Limited bernama 1MDB PetroSaudi Ltd tanpa mempunyai profile syarikat rakan usaha sama, tanpa semakan aset yang diisytiharkan yang kemudiannya didapati tidak wujud dan tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan Lembaga 1MDB."

Sehubungan itu, saya menyeru YAB Perdana Menteri mengosongkan kedudukan beliau sebagai Penasihat 1 MDB dan Menteri Kewangan sehingga siasatan selesai bagi membolehkan siasatan berjalan tanpa sebarang kerumitan.

Pada tempoh itu, YAB Timbalan Perdana Menteri hendaklah dilantik memegang kedua-dua jawatan itu.

Jika apa yang dilaporkan oleh The Edge adalah benar, jelas Menteri Kewangan pada waktu transaksi itu berlaku telah tidak berkeupayaan menjaga kepentingan kewangan negara dan mesti bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.

Ini menguatkan alasan untuk beliau mengosongkan kerusi Menteri Kewangan.

Secara kolektif kabinet mesti bertanggung jawab terhadap 1MDB dan seharusnya satu kertas kabinet telah disediakan untuk meluluskan pembentukan 1MDB dan seterusnya menerima laoran dari masa ke semasa. Kegagalan itu, jika berlaku, bermakna kegagalan Menteri Kewangan yang bertanggung jawab secara khusus.

Saya juga menyokong pendirian YAB TPM supaya laporan audit forensik dilakukan ke atas 1MDB dan semua anak syarikat atau usaha samanya dilakukan seberapa segera dan satu Kertas Putih hendaklah dibentangkan di Parlimen Malaysia.

Dato Husam Musa


Posted on Monday, March 09 @ 22:15:26 MYT by paktam

No comments:

Post a Comment