اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, March 9, 2015

Kenapa sekarang audit 1MDB, soal Ambiga OLEH YASMIN RAMLAN

Datuk Ambiga Sreenevasan berkata permintaan untuk ketua audit negara menyiasat akaun 1MDB sudah terlambat walaupun ia langkah yang baik.

Datuk Ambiga Sreenevasan berkata permintaan untuk ketua audit negara menyiasat akaun 1MDB sudah terlambat walaupun ia langkah yang baik.

Datuk Ambiga Sreenevasan mempersoalkan arahan Putrajaya supaya ketua audit negara mengaudit akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dianggap sudah terlambat.

"Soalnya mengapa baru sekarang sahaja untuk berbuat demikian padahal ianya sudah terlambat.

"Mengapa ia perlu mengambil masa yang lama untuk dilakukan?" soal bekas presiden Majlis Peguam itu pada satu forum bertajuk "Malaysia Mengharungi Cabaran" di Menara PKNS di Petaling Jaya hari ini.

Beliau mengulas perkara tersebut berikutan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin laporan akaun 1MDB akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selepas ketua audit negara membuat siasatan.

Ambiga bagaimanapun menyifatkan cadangan supaya ketua audit negara mengaudit akaun 1MDB adalah tindakan yang positif untuk Malaysia, namun tidak kepada syarikat itu sendiri.

"Saya tidak pasti sama ada ianya positif untuk 1MDB, tetapi ia langkah yang positif untuk Malaysia.

"Sebenarnya ia adalah langkah yang baik untuk Malaysia tetapi saya cadang tubuhkan satu pasukan petugas supaya tidak memihak kepada berpihak ke sesiapa dan boleh meneliti dokumen-dokumen dan sebagainya," katanya.

Sebelum ini Muhyiddin berpendapat ketua audit negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun syarikat itu sejak awal penubuhannya.

Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 dan tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte.

Ini termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dalam usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International seperti yang ditimbulkan beberapa portal berita.

Beliau dalam kenyataannya menyeru pengauditan yang telus, bebas dan menyeluruh kerana penting untuk membersihkan nama 1MDB daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku. – 8 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.
 


No comments:

Post a Comment