اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, March 9, 2015

Maklumat tersirat kenyataan Muhyiddin


 
Oleh Timmy Say

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebegitu tegas dan jelas mengenai sikap sepatutnya yang ada pada kerajaan terhadap 1Malaysian Development Berhad (1MDB) mengejutkan ramai, termasuk Umno dan bosnya Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Muhyiddin yang selama ini berdiam diri membuka mulutnya sehari selepas Najib mengarahkan ketua audit negara menyiasat 1MDB.



Dalam kenyataannya, Muhyiddin menyarankan “lembaga pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urus niaga 1MDB”.


Untuk makluman, Najib bukan salah seorang ahli lembaga pengarah 1MDB.  Najib hanya pengerusi barisan penasihat 1MDB. Beliau dibantu 9 ahli lain termasuk bekas Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad Jassim selaku penasihat khas, Pengerusi Abu Dhabi Executive Affairs Authority Khaldoon Khalifa Al Mubarak, bekas Menteri Kewangan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Tidak pasti sama ada Muhyiddin juga akan menyarankan agar tindakan diambil kepada barisan penasihat 1MDB juga sekiranya didapati ada penyelewengan di 1MDB?
Pertanyaan ini dibuat atas hakikat menyedari mereka di barisan penasihat ini lebih berkuasa daripada lembaga pengarah kerana mereka yang menjadi penasihat 1MDB terdiri daripada mereka yang boleh membuat keputusan di peringkat kerajaan persekutuan dan juga Kementerian Kewangan.

Bukan itu saja, di dalam kenyataannya, Muhyiddin turut mendedahkan kerajaan akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperoleh pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat.

Persoalan menarik yang timbul ialah - apakah kerana adanya tanah TRX dan Bandar Malaysia, maka bank di Malaysia tidak segan silu meluluskan pinjaman berbilion kepada 1MDB selama ini sehingga hutang 1MDB menjadi sebegitu besar?

Sekiranya 1MDB bermasalah, apakah kerajaan berhak membeli balik tanah TRX dan Bandar Malaysia ini pada kadar yang dijual kepada 1MDB? Ataupun 1MDB mempunyai hak mutlak untuk menjualnya kepada sesiapa yang menawarkan harga tertinggi, termasuk syarikat asing?
Apakah penyerang 1MDB di luar sana sebenarnya sedang menunggu 1MDB untuk menjual tanah TRX dan Bandar Malaysia untuk menutup hutangnya bagi memiliki aset berharga tersebut?

Kenyataan Muhyiddin menjadikan persoalan ini lebih menarik perhatian daripada sebelumnya.
Di penghujung kenyataan Muhyiddin, beliau menegaskan sebarang usaha menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam.
Persoalannya ialah bagaimana Muhyiddin boleh memastikan tindakan menyelamat 1MDB menggunakan dana awam tidak berlaku? Apakah Muhyiddin mempunyai kuasa untuk mengawal apa yang berlaku di Kementerian Kewangan di bawah Najib?

Bukan itu saja, Muhyiddin perlu jelaskan apakah definisi dana awam? Apakah beliau juga bermaksud agensi seperti KWSP akan dilarang ‘melabur’ di dalam 1MDB? Bagaimana pula dengan Tabung Haji dan Petronas, apakah mereka juga dilarang ‘melabur’ di dalam 1MDB? Ataupun dana awam yang hanya melibatkan cukai dibayar rakyat Malaysia?

Namun begitu, soalan di atas bukanlah yang terpenting.
Yang lebih mustahak ialah apa sebab yang menyebabkan Muhyiddin tiba-tiba terasa berani menunjukkan kepimpinannya pada saat ini, sehari sebelum Najib dijadualkan bertemu dengan semua ketua Umno bahagian untuk mendapatkan sokongan?

Apakah kerana beliau mendapat berita orang lain akan diangkat menjadi pengganti Najib?
Suka atau tidak, ketidakhadiran Muhyiddin dalam perjumpaan tertutup bersama Najib semalam akan menyemarakkan lagi spekulasi terhadap pertembungan dalaman Umno kerana 1MDB.
Apakah keadaan fizikal dan mental beliau dapat mengharungi ombak politik yang sedang melanda Najib dan muncul sebagai penyelamat Umno? Kita tunggu langkah Muhyiddin seterusnya selepas menafikan beliau bercanggah dengan Najib.


Posted on Monday, March 09 @ 14:46:05 MYT by Paktam
 

No comments:

Post a Comment