Tony Pua
DAP
hari ini mengumumkan segala kegiatan kempen untuk Pilihan Raya Kecil
(PRK) Teluk Intan ditangguhkan buat sementara waktu bagi menghormati
kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum
Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah.
Setiausaha
Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua (gambar) berkata segala hal berkaitan
kempen calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud akan diumumkan kemudian.
“Kempen
ditangguhkan bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak dan tiada acara
berkaitan media sehingga dimaklumkan kemudian,” katanya dalam satu mesej
pesanan ringkas kepada pemberita.
Jika tiada
sebarang halangan, PRK Parlimen Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei
ini bermula 8 pagi hingga 5 petang.Malam ini, Dyana dan pemimpin Pakatan
Rakyat (PR) sepatutnya mengadakan kempen di Kampung Bahagia namun ia
tidak diteruskan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung PRK ini sama ada akan diteruskan atau ditunda.
Menteri Besar
Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan Sultan Perak mangkat
pada jam 1.30 petang hari ini pada usia 86 tahun.
Baginda
meninggalkan isteri, Raja Permaisuri Tuanku Bainun Muhammad Ali, seorang
bekas guru, dan empat anak mereka iaitu Raja Muda Perak, Raja Nazrin
Shah; Raja Datuk Seri Azureen Shah, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia.
Seorang lagi putera, Raja Ashman Shah meninggal dunia pada 2012.
Pengebumian akan diadakan esok selepas solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar.
Zambry berkata
bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh
perkabungan selama 100 hari mulai hari ini, sementara bendera Malaysia
dikibar separuh tiang selama tujuh hari.
"Sepanjang
tempoh berkabung tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian
dan perayaan dibatalkan,"
katanya dalam pengumuman secara langsung
melalui RTM.
Zambry turut mengisytiharkan esok cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan sempena pemakaman Almarhum.
"Seluruh rakyat jelata negeri Perak kehilangan Sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat.
"Saya Dr Zambry
bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mewakili seluruh
rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan
mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan
Allah di kalangan para anbiya, syuhada dan solihin," katanya dengan
sebak. – 28 Mei, 2014.
No comments:
Post a Comment