KANGAR: Acara renang Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 diteruskan walaupun
sebahagian besar bumbung kanvas Kompleks Renang (KSN) Kangar terkoyak
selepas lebih kurang 10 minit hujan turun.
Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) Edwin Chong
berkata acara renang yang menawarkan 10 pingat emas itu bakal diadakan
selepas bumbung kanvas dibuka."Kita akan teruskan acara renang, tidak
ada masalah beraksi di kolam renang terbuka ataupun tertutup.
Sukan SEA di Cheras dulu pun dijalankan di kolam renang terbuka."Kolam
renang di sini boleh digunakan dan pertandingan boleh diteruskan selepas
bumbung kanvas dibuka. Kita akan adakan pertandingan secara terbuka,"
katanya kepada pemberita sebaik sahaja kejadian itu berlaku.
Bumbung kanvas kompleks renang tersebut mula koyak semasa acara terjun
berjalan di kolam terjun, berhadapan dengan kolam renang itu, selepas
hujan selama 10 minit dan pemberitahuan kolam renang ditutup dipaparkan
pada skrin kira-kira pukul 2.20 petang.
Acara terjun terpaksa dihentikan sejurus sahaja kejadian berlaku namun
ia bermula semula setengah jam selepas itu, sebaik sahaja hujan dan
angin kuat berhenti.
Bumbung kanvas tersebut mengalami kerosakan selepas lebih kurang empat jam acara terjun berlangsung.
Edwin berkata acara terjun tidak terganggu dengan masalah bumbung kanvas
terkoyak dan ia akan diteruskan sehingga acara terakhir."Saya tidak
boleh beri komen mengenai acara renang, saya bertanggungjawab untuk
bahagian acara sahaja.
Bagi fasiliti seperti kolam, ia tanggungjawab penganjur namun bagi saya kemudahan lain tiada masalah," katanya.
Sebelum ini, acara akuatik yang dijadualkan berlangsung pada Rabu
ditunda ke hari ini selepas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk
M.Saravanan meminta aspek keselamtan kompleks tersebut diperiksa dengan
betul. ~hmetro
No comments:
Post a Comment