اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, May 29, 2014

Skandal RM32 juta, PAS selar campur tangan menteri


SALMIYAH HARUN



KUALA LUMPUR: Tindakan campur tangan  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dalam pemberian pinjaman membabitkan Bank Rakyat amat bertentangan dengan tadbir urus korporat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata, seorang menteri tidak sepatutnya terlibat dalam pemberian pinjaman apabila ia membabitkan sebuah bank yang mempunyai syer individu yang begitu ramai.

"Peminjam sepatutnya berunding dengan pegawai bank bukannya dengan menteri.

"Ini sudah melangkaui bidang kuasanya, suatu perbuatan jenayah dan salah guna kuasa," kata Mahfuz dalam sidang medianya di Pejabat Agung PAS.

Tegas Mahfuz, sehingga hari ini tidak ada penjelasan atau tindakan daripada Perdana Menteri kepada Hasan Malek.

Pendedahan oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik bagi Mahfuz ianya menggambarkan bagaimana berlaku ugutan kepada pengerusi dan ahli lembaga pengarah apabila bersetuju dengan individu peminjam terbabit.

"Bagi saya campur tangan yang betul supaya memastikan bank beri pulangan kepada pendeposit. Bank Rakyat antara bank yang terbaik bagi 20 peratus pulangan antara yang tertinggi daripada institusi kewangan yang lain," katanya.

Bagaimanapun katanya, penstrukturan semula hutang tanpa faedah yang diberikan kepada individu yang ada hubungan rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, bermakna Bank Rakyat mengalami kerugian.

"Walaupun jumlah yang kecil tetapi telah menyebabkan Bank Rakyat kehilangan untung. Hendak tanya bank berapa kehilangan keuntungan apabila bagi pinjam kepada peminjam ini?

"Minta penjelasan adakah penstrukturan semula kerana peminjam ini gagal bayar, jika gagal kenapa tidak ada tindakan undang-undang," soalnya.

Namun katanya, sesiapa yang membuat pinjaman dan gagal membayar, bank sepatutnya mengambil tindakan udang-undang sehingga boleh membankrupkan peminjamnya.

Mahfuz berkata demikian sebagai mengulas skandal Bank Rakyat yang membabitkan seorang ahli perniagaan yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum PRU13 lalu.

Sabaruddin Chik mendedahkan bahawa khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat seorang individu yang rapat dengan Perdana Menteri.

Menurut Sabaruddin Chik  individu tersebut menggunakan jaringan politiknya termasuk meminta campur tangan Hasan Malek untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.

 - HARAKAHDAILY 29/5/2014

No comments:

Post a Comment