اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, May 29, 2014

Jakim patut saman jika Cadbury tipu sijil halal


SALMIYAH HARUN



KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepatutnya bertindak menyaman syarikat pengeluar coklat Cadbury kerana telah menyalahgunakan sijil halal, demikian tegas Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, saman tersebut sepatutnya bukan datang  daripada badan bukan kerajaan sebaliknya oleh Jakim sendiri kerana melibatkan kesalahan menipu agensinya.

"Syarikat ini salah guna sijil halal ke atas produk yang tidak halal. Takkanlah jakim rasa orang yang tipu mereka pun tidak apa.

"Orang yang tipu tanggunglah dosa. Takkan Jakim warak sangat sampai tahap macam ini," katanya di sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini.

Jelas Mahfuz, syarikat itu telah menipu Jakim dengan meyalahgunalan sijil untuk produk yang mengandungi kandungan khinzir sekaligus mengelirukan pengguna khsusnya orang Islam.

Tegas Mahfuz, bagi orang Islam mereka tidak boleh makan apabila jelas adanya penipuan oleh syarikat terbabit walaupun hanya membabitkan dua produk sahaja.

"Walaupun hanya dua produk sahaja yang sah adalah haram, tetapi produk yang lain pun sudah tentu akan timbul keraguan bagi orang Islam.

"Kalau menipu, bermakna barang lain pun kita tidak boleh makan," katanya.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan produk coklat susu Cadbury mengandungi DNA khinzir.

Laporan ini telah mengejutkan orang ramai khususnya orang Islam sekaligus ada yang bertindak mahu menyaman syarikat terbabit dan tidak kurang juga yang  bertindak memboikot produk tersebut.


- HARAKAHDAILY 29/5/2014

No comments:

Post a Comment