Menteri Kabinet yang terlibat dengan skandal kelulusan pinjaman Bank
Rakyat sebanyak RM32 juta hari ini menolak untuk memberikan sebarang
jawapan kepada wartawan hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri
Hasan Malek meninggalkan majlis sebaik sahaja selesai merasmikan
Mesyuarat Agung Persatuan Francais Malaysia di Pusat Dagangan Dunia
Putra, Kuala Lumpur dan hanya melambaikan tangan kepada wartawan yang
bertanya tentang skandal itu.
Pegawainya memberitahu media, beliau perlu tergesa-gesa meninggalkan majlis berkenaan untuk menyertai satu lagi acara lain.
Semalam ketika The Malaysian Insider menghubunginya, beliau
memberitahu:"Saya sedang makan, saya tidak boleh menjawab panggilan
semula."Beliau tidak menjawab panggilan telefon dan pesanan ringkas SMS
yang dihantar.
~mk
No comments:
Post a Comment