Ramai kumpulan pro Pakatan Rakyat kutuk kerajaan yang diteraju UMNO
kerana membazirkan duit untuk dua ekor panda. Dah tu pulak panda itu
didatangkan melalui projek sewa dari negara China. Kononnya demi
meningkatkan silaturrahim dengan kerajaan China.
Pemimpin yang asyik nafi itu ini berita tentang kehilangan MH370 sibuk berselfie dengan panda.
CAK! |
Di Malaysia warga Cina dikutuk dan dilabel pendatang
Teringat pulak... Dulu masa Yong budak-budak, kat kampung ada seorang
pakcik yang pelat. Dia sebut lembu, lambu. Kalau dia sebut pendatang
mesti jadi pandatang. Rupanya ia menjadi kenyataan!
Jangan marah!
Panda akan menjana ekonomi untuk negara Malaysia!
Tak percaya?
Dulu Astro Awani ada buat survey...
YANG TAK BERSETUJU AKAN PERGI TENGOK PANDA TAK? |
Survey ini dibuat awal tahun ini. Ramai dah lupa tentang hasil survey ni. Biasalah...
Hasi survey itu menunjukkan 7.46% setuju harga tiket memasuki Zoo Negara
RM30 kalau ada panda. Tetapi 18.56% bersetuju tanpa syarat!
Jumlahnya: 7.46 + 18.56 = 26.02%.
TAK BERBALOI, KATA 73.97% |
Bayangkan kalau 26.02% itu secara proportional, mewakili rakyat Malaysia yang seramai 30 juta...
Jumlahnya menjadi 7,806,000!
Kalau jumlah ini pergi tengok panda pada tahun pertama, Kerajaan akan
menjana pendapatan sebanyak RM30.00 X 7,806,000 = RM234,180,000!
Maknanya Zoo Negara menerima pelawat seramai 641,589 sehari! Untung
berlipat ganda weh!
Hahaha...Syoknya! Kaya kita???
MACAM ANGAN-ANGAN MAT JENIN! |
Statistik ini memang boleh buat panda pengsan!
Heheheh...Itu angka khayalan jer...Sebenarnya jangkaan Menteri jaga zoo,
lawatan ke Zoo Negara mungkin meningkat dari 800,000 ke 1.3 juta
setahun dengan adanya panda suami isteri!
Maknanya akan terjadi peningkatan pendapatan Zoo Negara!
Apa? Kenapa pulak hari ini Yong macam puji jer Kerajaan BN bawa panda datang ke Malaysia?
Jap...Citer belum habis...
Sebenarnya Macam mana kerajaan boleh kata ia revenue pun sudah
memeningkan kepala Yong. Kalau revenue maknanya duit bertambah dan
rakyat jadi kaya. Tapi kalau duit itu datang dari poket rakyat, yang
semakin lama semakin miskin, boleh sebut revenue ke?
Kaya? Bukan duit pelabur weh! Duit rakyat!
Lainle kalau berbondong-bondong rakyat Australia dan US melawat Zoo
Negara sebab nak tengok panda! Nak tengok manggis kat Lautan Hindi
Selatan dah hampa!
Bagi rakyat Malaysia pulak, dapat BR1M 650, tolak RM30 untuk tengok
panda (seorang). Kalau 5 orang jadi RM150. Makcik Kiah sanggup bayar ke?
Kononnya lepas ini perdagangan Malaysia akan mencecah berbillion-bilion RM lagi dengan China.
Adakah nanti kita akan melihat berpuluh-puluh panda dibawa ke zoo di seluruh negara?
ADAKAH SEQUEL KUNG FU PANDA NANTI AKAN DIBUAT DI MALAYSIA??? |
Sentiasa bersangka baik. Mana tahu kot-kot boleh jadi duta pulak.
No comments:
Post a Comment