1kg Tepung gandum, 2kg minyak masak, sebungkus biskut kering, 1kg gula
pasir kasar, 1 peket teh boh, 5kg beras tempatan. Itu jer nilainya
Puteri UMNO Malaysia kepada warga Teluk Intan yang dikategorikan sebagai
warga berpendapatan rendah.
Diberi sebab adanya Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan ekoran
kematian wakil parlimen dari DAP/PR baru-baru ini .. .. ini bukannya
sumbangan ikhlas setiap bulan .. tetapi sumbangan mengharapkan balasan
disebabkan wakil parlimennya mati.
Nampaknya cara dan budaya politik UMNO sejak merdeka sehinggalah
sekarang sedikit pun tidak pernah berubah ... memberi gula-gula dan
umpan dengan beras dan tepung kepada warga yang yang hidup susah dengan
ambil peluang keemasan dari kesempitan hidup mereka ...
Kalau ada para penganalisa politik menyatakan bahawa semacam suatu trend
UMNO/BN memang suka rakyatnya hidup susah dan merempat agar senang di
perkotak katikkan.
Sasaran utamanya ialah warga Bani Melayu yang duduk didesa, luar bandar,
rancangan-rancangan FELDA dan kampong-kampong tradisional.
Maka ditiupkan dengan kata-kata bersyukur dan berterima kasih... Tetapi
UMNO kini terlupa yang warga luar bandar dah mulai bijak .. makan umpan
tapi pastikan tidak tercekik dengan kail. .. sapu umpan sampai licin
tetapi sokonga tetap diberikan kepada Pakatan Rakyat .. Mereka sudah
bosan dan jelak dengan sikap hipokrit dan berpura-pura UMNO/BN. ~omakkau
No comments:
Post a Comment