اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, May 28, 2014

Langgar Akta Pilihanraya: Zahid Atau Abdul Aziz Mohd Yusof Yang Sepatutnya Letak Jawatan?


 

BERSIH: SPR hanya jadi pemerhati, tak amanah
 
 
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini mengkritik sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap kenyataan menteri dalam negeri beberapa hari lalu sewaktu berkempen kepada anggota RELA di Teluk Intan.

Menurut BERSIH, kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang mendakwa beliau tahu mana-mana anggota RELA yang tidak turun mengundi dan menggesa mereka agar mengundi calon BN adalah satu kesalahan berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya."Pelanggaran undang-undang secara terang benderang begini tidak boleh berterusan.

"Pihak berkuasa yang dikawal sepenuhnya oleh parti pemerintah sudah tidak mengendahkan seruan rakyat supaya menjalankan tugas mereka.

"Yang paling teruk sekali antara mereka SPR, telah mengurangkan peranannya kepada sekadar pemerhati sahaja, di mana jenayah seperti ini dilakukan tanpa segan.

"SPR mempunyai tugas di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menegakkan integriti pilihan raya tetapi seperti yang lazimnya tidak memenuhi amanah ini," kata Naib Pengerusi BERSIH, Datuk Dr Toh Kin Woon (atas).

Beliau berkata demikian pada sidang media BERSIH di Teluk Intan, tengah hari ini.

Bekas anggota jawatankuasa pemandu BERSIH, Wong Chin Huat berkata SPR tidak boleh berpihak kepada Zahid apabila ia melibatkan kesalahan pilihan raya.

"SPR tak boleh selamatkan Zahid (dengan) kata (kenyataan Zahid berupa) nasihat dan Zahid tak boleh kata ia bergurau kerana kalau dia bergurau dengan sesuatu yang bersifat jenayah, dia perlu letak jawatan sebagai menteri," katanya.

Anggota jawatankuasa BERSIH termasuk pengerusinya, Maria Chin Abdullah akan membuat laporan polis berhubung kenyataan Zahid itu di IPD Hilir Perak, petang ini.

Subsidi pengangkutan tiada masalah

Sementara itu, Maria (bawah) berkata organisasi itu tidak bersetuju dengan pengangkutan percuma untuk mengangkut pengundi dengan syarat mengundi calon-calon tertentu pada pilihan raya. 
 
"Pengangkutan percuma angkut pengundi kita tak setuju.

"Kalau pengangkutan disubsidikan kita tak ada masalah, ada peruntukan untuk perkara itu dalam undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas perkhidmatan bas yang disediakan DAP untuk mengangkut pengundi dari Selangor dan Kuala Lumpur serta menghantar pengundi dari Singapura pulang ke negara itu.

Berita sebelumnya: 
 

Pemuda PR buat laporan polis, Zahid Hamidi ugut anggota RELA

No comments:

Post a Comment