Alhamdulillah dapat saya menyambut Israq Mikraj di Tanah Suci. Sekadar berkongsi Maklumat, inilah -Tempat Sujud Malaikat Jibril a.s.
Lebih kurang satu meter ke sebelah kanan pintu Ka'abah terdapat satu susunan marmar coklat kemerahan tanda untuk mengabadikan lokasi Jibril a.s. semasa mengimamkan RasuluLlah s.a.w. selepas turunnya perintah soLat dalam peristiwa Isra' Mikraj.
Jibril a.s. turun sebanyak 10 kali yakni Lima kali di awal waktu dan Lima lagi di akhir waktu untuk mengajar sempadan masa soLat. Ia sebagai perincian kepada keterangan firman ALlah didalam kitab al-Qur'an yg mengkehendakki kita solat di waktu malam, siang dan fajar. Penegasan ini sesuai dengan soLat sebagai tiang agama iaitu Rukun Islam yang kedua selepas Mengucap Shahadah.
Lazim Imam Masjidil Haraam mengambil barakah lokasi ini semasa mengimamkan jemaah soLat waktu. Ada Duyufur_Rahman yangg menceritakan semerbaknya tempat sujudnya Jibril a.s. ketika soLat disitu. Alangkah bertuahnya dan amat beruntung tetamu ALlah itu. #psm
www.peguamkamalmenulis.blogspot,jp SUMBER
INI gambar lebih dekat untuk yang belum berpeluang ke Tanah Suci
www.peguamkamalmenulis.blogspot,jp SUMBER
No comments:
Post a Comment