Kenapa Zaharin bergaduh dengan Papagomo?
Pergaduhan mereka bermula apabila Zaharin berkata Hishamuddin tak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin.
Sebut
sahaja Zaharin Mohd Yasin, semua ahli Umno mengenali bekas Setiausaha
Umno Bahagian Bandar Tun Razak itu. Zaharin juga lebih dikenali sebagai
Sang Kelembai, seperti nama blognya yang secara konsisten menjatuhkan
Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sewaktu Pak Lah menjadi Perdana
Menteri.
Selepas Pak Lah jatuh, blog Sang
Kelembai tidak aktif lagi. Sebelum ini Zaharin secara konsisten
menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau berada dalam Umno
sehingga beliau dipecat dari Umno pada tahun 1998. Oleh itu Zaharin juga
ada saham dalam menjatuhkan Anwar Ibrahim.
Beliau memang rapat dengan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu apabila beliau
menulis dalam Facebooknya mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yasin akan
meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, ramai yang percaya
kerana Zaharin memang rapat dengan Najib. Apatah lagi dengan rekod
beliau yang pernah menjatuhkan Anwar dan Pak Lah, maka orang percaya
kali ini Muhyiddin akan jatuh juga.
Zaharin memang tidak menyenangi
Muhyiddin yang dipanggilnya “paria”. Kini Muhyiddin dikatakan bercuti di
Jakarta dan apabila bekas menteri, Zam menulis Muhyiddin memendam rasa,
maka ada kebenarannya Muhyiddin lambat laun akan bersara juga dari
politik.
Papagomo pula merupakan seorang
blogger yang banyak menimbulkan isu skandal seks Anwar Ibrahim. Beliau
didapati bersalah memfitnah Anwar dan diperintah membayar RM800,000
kepada Anwar tetapi Papagoma kata dia seorang nelayan dan hanya mampu
membayar RM100 sebulan kepada Anwar.
Entah macam mana tiba-tiba
Zaharin membelasah Papagomo apabila Papagomo menyerang Zaharin. Zaharin
tidak setuju Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjadi Timbalan Perdana
Menteri menggantikan Muhyiddin. Sebagai blogger yang didakwa Zaharin
dibayar upahnya oleh menantu Hishamuddin, maka menjadi tugas Papagomo
menyerang Zaharin.
Tetapi Papagomo silap
percaturan. Zaharin bukannya calang-calang orang. Walaupun dia pernah
dipecat dari Umno kerana mengkritik anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina
sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri, tetapi dia setia dengan Umno.
Oleh itu tindakan Papagomo
menyerang Zaharin merupakan satu tindakan yang silap. Zaharin setiap
hari membelasah Papagomo dalam Facebooknya yang dikatakan bekas polis
yang didapati bersalah oleh mahkamah bagi kes rasuah.
Apabila Papagomo diserang, ia
memberi tempias kepada Hishamuddin kerana Papagomo diupah oleh menantu
Hishamuddin. Maka sedikit sebanyak pergaduhan di antara Zaharin dan
Papagomo merugikan Umno kerana lebih banyak pekung Umno didedah oleh
mereka berdua. Maka sudah sampai masanya bagi mereka berdamai.
Sudah sampai masanya Hishamuddin
memanggil Zaharin untuk melakukan gencatan senjata. Zaharin peduli apa.
Dia tidak ada kepentingan dalam Umno. Dia bebas mengkritik mana-mana
menteri yang menyeleweng termasuk Datuk Hassan Malek baru-baru ini
kerana nawaitu Zaharin adalah untuk menyelamatkan Umno dan bukannya
untuk menyelamatkan mana-mana pemimpin.
Kalau dia mahu kaya, dia sudah
lama kaya kerana majoriti menteri Umno adalah kawannya. Tetapi dia lebih
suka hidup sederhana kerana katanya buat apa kaya kalau sakit akibat
makan duit rasuah. Tidak ada orang yang berani menegur semua menteri
dalam Umno seperti Zaharin ini. Maka spesies seperti Zaharin perlu juga
ada dalam Umno. ~fmt
No comments:
Post a Comment