اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, June 24, 2014

Patutlah Perkasa pun dah berani nak main pancung orang!

 Patutlah Perkasa pun dah berani nak main pancung orang!


Pertengahan bulan ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran rakyat Malaysia yang berjuang dalam peperangan di Syria akan ditangkap sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air. 

Tetapi, PM Najib dalam ucapannya di Cheras, Kuala Lumpur malam tadi telah menggesa ahli Umno mempelajari keberanian kumpulan militan Isil yang berjaya mengalahkan tentera Iraq walaupun mempunyai jumlah anggota lebih kecil.

 “Sama ada kita bersetuju atau tidak, itu cerita lain. Kumpulan Isil yang hanya mempunyai 1,300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq, sehingga empat, lima jeneral bintang tiga terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri mereka, terjun dari tingkap pada waktu malam,” kata presiden Umno itu dalam jamuan makan malam sempena 20 tahun Umno di Cheras  di sini  dan  disini

 Apasal Zahid Hamidi tak tangkap Najib? Bukankah Najib terang-terangan telah menyokong kumpulan pengganas seperti ISIL itu? 

Patutlah Perkasa pun dah berani nak main pancung orang!

No comments:

Post a Comment