اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, June 24, 2014

Tutup rel: SPAD zalimi pekerja, rakyat Pantai Timur


MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengekalkan penutupan landasan Gua Musang-Gemas pada 27 Jun ini disifatkan sebagai zalim.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPTMB), Abdul Razak Md Hassan berkata, SPAD tidak perihatin dengan pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) termasuk rakyat di Pantai Timur.

"Kesatuan melahirkan dukacita dengan keegoan SPAD yang masih mengekalkan arahan penutupan landasan Gua Musang-Gemas.

"Tindakan ini menimbulkan implikasi kepada 300 orang pekerja KTMB di sektor berkenaan malah melibatkan ratusa ribu penumpang yang menggunakan perkhidmatan keretapi, apatah lagi musim perayaan yang akan tiba nanti," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau turut mengecam tindakan SPAD yang tidak pernah berbincang dengan KPPTMB berhubung keputusan tersebut.

"Kami hanya menerima salinan surat melalui fak memaklumkan perkara tersebut, SPAD tidak pernah memanggil kita (KPPTMB) untuk berbincang.

"SPAD bukan sahaja menzaliman pekerja KTMB tetapi turut tidak menghormati kesatuan apabila tiada perbincangan dilakukan," sambung beliau.

Abdul Razak turut memberitahu, satu piket akan diadakan di perkarangan Ibu Pejabat SPAD pada 26 Jun jam 5 petang sebagai bantahan penutupan operasi Keretapi Gua-Musang-Gemas.

Selain Kuala Lumpur, piket turut diadakan di Gemas, Kuala Lipis dan Gua Musang pada 28 Jun ini.

Penutupan landasan selama dua tahun ini akan bermula pada 27 Jun ini turut menjejaskan 'revenue KTMB' sekurang-kurangnya RM100 ribu sehari.

- HARAKAHDAILY 24/3/2014

No comments:

Post a Comment