KUALA LUMPUR: Penduduk rumah
pangsa di Taman Semarak, Nilai, tempat remaja OKU, Muhamad Firdaus
Dullah, 15 dikurung mendakwa ada mendengar tangisan mangsa pada waktu
malam.
Namun, rata-rata penduduk yang berkata mereka tidak menyangka bahawa ia datangnya dari Muhamad Firdaus.
Antara jiran yang ditemui Astro
AWANI memberitahu bahawa mereka hanya mengetahui keadaan Muhamad Firdaus
setelah keluar berita mengenainya.
Ada beberapa kanak-kanak yang
mengenali Muhamad Firdaus turut mengakui bahawa mereka pernah terlihat
mangsa memanggil dan menangis dari tingkap rumah, ketika mereka sedang
bermain bola di padang flat berkenaan. ~bloglist
No comments:
Post a Comment