اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, June 24, 2014

Larang masuk Sarawak jejas nama baik Adenan


HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim menyifatkan larangan yang dikenakan ke atas beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk memasuki Sarawak hanya menjejaskan nama baik Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Menghargai keputusan Adenan menghentikan sementara larangan itu bagi membolehkan pimpinan Pakatan menghadiri majlis pengebumian mendiang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek Wong Ho Leng, Teresa tetap menggesa Adenan membatalkan sahaja larangan tersebut, lapor Roketkini.

“Memberikan penghormatan kepada Ho Leng adalah tanda ‘gentleman’ dan mesra oleh Ketua Menteri dan kerajaan negeri.

“Saya mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada beliau yang membenarkan saya masuk ke Sarawak. (Namun) apabila saya tanya kenapa saya dilarang masuk, beliau tidak menjawab.

“Bukankah lebih baik jika beliau membatalkan (sahaja) larangan itu? Larangan tanpa alasan ini hanya menjejaskan nama baik beliau,” kata Teresa menerusi laman Facebooknya.

Ketika kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Balingian Mac lalu, Teresa dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat lain, antaranya Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilarang masuk ke negeri itu.

Namun, Teresa diberi ‘pas istimewa’ selama tujuh hari bagi menghadiri pengebumian mendiang Wong Ho Leng semalam.

Selain pemimpin DAP, Adenan, Speaker Dun Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, dan beberapa Menteri Sarawak turut hadir memberikan penghormatan terakhir di kediaman mendiang, petang semalam.

No comments:

Post a Comment