DAP telah
menghantar utusan khas menziarahi Presiden PAS Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi
Awang di Medipol Universitasi, Hastanesi, Istanbul di Turki sebagai tanda
keprihatinan serta menyampaikan salam rakyat di tanah air semoga beliau cepat
sembuh.
Pengerusi DAP
Perak Nga Kor Ming selepas melawat Ustaz Hadi di Istanbul berkata, keadaan beliau kini sudah
bertambah stabil tetapi beliau masih perlu menerima rawatan rapi di wad
Hospital tersebut utk memastikan kesihatannya pulih sepenuhnya. Ustaz Hadi dijangka
akan pulang ke tanah air dalam masa seminggu lagi.
Nga berkata, Ustaz Hadi ingin menyampaikan penghargaan & salam kpd semua pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat yg mendoakan kesihatan beliau. Presiden PAS itu menggesa semua jentera PAS lebih memantapkan hubungan bersama PR & perjuangan PR mesti diperkukuhkan demi masa depan negara.
No comments:
Post a Comment